Tesla hadapi bermacam-macam masalah, 19 panggilan produk telah dibuat dalam tahun 2022!

Tesla kini telah melakukan sehingga 19 pengumuman panggilan semula produk dalam tahun 2022 sahaja. 2 daripada 19 panggilan semula produk dilakukan dalam bulan November 2022 ini, atas risiko perlanggaran yang meningkat.

Untuk panggilan pertama, sebanyak 29,348 unit Tesla Model X berpotensi untuk sistem beg udara penumpang hadapan yang gagal berfungsi dengan betul semasa perlanggaran ketika berada pada “kelajuan rendah” tertentu.

Panggilan kedua meliputi 321,628 unit Tesla Model 3 (tahun 2023) dan Tesla Model Y (2020-2023) kenderaan berpotensi untuk sukar dilihat disebabkan oleh lampu brek belakang yang berkelip-kelip dalam beberapa situasi.

Menariknya, kenderaan Tesla memang dilengkapi dengan Dynamic Brake Light yang menyebabkan lampu brek berkelip-kelip ketika brek kecemasan.

Dari kiri: Tesla Model S, 3, X dan Y

Seorang pengguna mendapati bahawa Tesla telah melakukan sehingga 35%-40% panggilan semula produk ke atas kenderaan yang telah mereka jual.

Sesetengah panggilan semula produk ini dapat diselesaikan dengan kemas kini perisian berikutan sistem Tesla yang sangat canggih. Kemaskini juga mampu dilakukan secara Over-The-Air yang bermakna data dipindahkan tanpa menggunakan sebarang wayar, hanya jaringan internet sahaja.

NHTSA (National Highway Traffic Safety Administration) telah melakukan panggilan semula produk sejumlah 4.7 juta unit kenderaan Tesla yang meliputi sehingga 48 pengumuman panggilan semula produk sejak penubuhan Tesla.

Walau bagaimanapun, jika panggilan semula produk yang telah diselesaikan dengan kemas kini perisian OTA dikecualikan, angka kenderaan Tesla yang “berpotensi terjejas” menurun sehingga 80% kepada 957k unit.

Baca: Angkara bateri mati, pemilik Tesla Model S tak boleh masuk kereta sendiri – kos ganti RM 87k!

Source: Tesla hadapi bermacam-macam masalah, 19 panggilan produk telah dibuat dalam tahun 2022!