Keluarga 3 Series – Ifa Raziah tunaikan hajat anak 17 tahun beli BMW E30, janji SPM cemerlang!

Pelakon dan penyanyi terkenal tanah air, Ifa Raziah, menunaikan impian anak lelakinya yang berusia 17 tahun dengan menghadiahkannya sebuah jentera klasik idaman ramai lelaki, BMW E30.

Menerusi perkongsiannya di Instagram, Ifa Raziah menceritakan betapa anaknya, Aqili, mengidam-idamkan kereta tersebut sejak sekian lama. Selain itu, dia juga berharap hadiah ini boleh menjadi sebagai pembakar semangat sebelum berdepan dengan peperiksaan SPM nanti.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Ifa Raziah (@ifa_raziah)

Katanya, Aqili belum lagi memiliki lesen memandu. Walau bagaimanapun, setelah dia selesai menduduki SPM kelak, dia akan mengambil lesen tersebut dan E30 ini sudah sedia ada sebagai kereta hariannya.

Anaknya yang baru saja menyambut hari jadi ke-17 tahun pada 19 November lalu kelihatan gembira menerima 3 Series baharunya – nampak segak dengan kemasan cat hitam dan rim asal.

Di penghujung video, Ifa Raziah turut menunjukkan keretanya sendiri iaitu BMW M3, kereta suaminya yang juga BMW 3 Series klasik berwarna biru, dan BMW E30 baru anaknya itu.

Source: Keluarga 3 Series – Ifa Raziah tunaikan hajat anak 17 tahun beli BMW E30, janji SPM cemerlang!