Bermula daripada pertanyaan dan sembang santai di media sosial, pelakon Zul Huzaimy atau dikenali dengan watak Spark akhirnya menjadi pemilik baharu kepada sebuah motosikal popular Yamaha RXZ Catalyzer yang dibeli pada harga RM 43k.
Terkenal sebagai pelakon yang gemarkan jentera dua roda, Spark menerusi laman sosialnya bertanya mengenai Yamaha RXZ kepada pengikutnya dan soalan itu disambut seorang penjual yang juga popular di media sosial, Pok Jack.
Tahu dengan kualiti Yamaha RXZ dimiliki Pok Jack dan tidak mahu terlepas ‘barang baik’ itu, Spark kemudian bersetuju untuk mengadakan perjumpaan pada hari yang ditetapkan.
Lebih menarik, sekalipun membuat transaksi bernilai puluhan ribu ringgit, sesi jual beli itu dilakukan secara santai di sebuah lokasi terbuka di Putrajaya.
Juga baca: Yamaha RX-Z terus bikin gempak, berjaya dijual pada harga ‘kayangan’ RM 60k!
Dan segala urusan jual beli itu dirakam kedua-dua pihak dan dimuat naik ke akaun media sosial.
Menurut Spark, sepanjang dia berkecimpung dalam arena permotoran, sudah banyak Yamaha RXZ pernah ditunggang namun motosikal milik Pok Jack yang dibelinya dikatakan ‘tersedap’ pernah ditungganganya setakat ini.
Malah, Spark turut membawa seorang pakar untuk menilai kondisi dan spesifikasi motosikal berkenaan dan turut berpuas hati dengan apa yang dilihatnya.
@qebaalias Reply to @putrxstargram spark kene bising dengan mem besar beli moto banyak² #fyp #zulhuzaimyspark #zulhuzaimy_m #zulhuzaimy #pokjak #pokjakvtg #pokjaktheviral #pokjaksvtgempire #spark #rxz_members_official #rxz #sold ♬ original sound – qeba alias
Dalam video itu juga, Spark turut berkongsi ilmu mengapa dia membeli motosikal itu pada harga yang boleh dianggap pelik.
Sekalipun mengakui sayang dengan Yamaha RXZ miliknya, Pok Jack dipercayai sanggup melepaskan motosikal itu untuk membiayai satu lagi projek restorasi yang dijalankan olehnya.
Juga baca: Yamaha RX-Z tukar dengan tanah lot tepi ‘highway’, dah makin tak masuk akal!
Sedikit mengenai Yamaha RXZ, ia adalah sebuah model 2 lejang yang sudah pun dihentikan pengeluaran beberapa tahun lalu susulan masalah piawaian emisi dan sebagainya.
Malah berikutan populariti tingginya, timbul khabar angin Hong Leong Yamaha Motor akan menghidupkan semula model berkenaan dalam versi 4 lejang namun ia dinafikan sendiri pihak Yamaha.
Selain Spark atau nama penuhnya Zul Huzaimy Marzuki, ada beberapa lagi selebriti dikatakan turut berminat mendapatkan motosikal ini yang harganya ada kalanya boleh dianggap tak masuk akal.
Malah ada pihak yang mendakwa berjaya menjual motosikal berkenaan jauh lebih tinggi daripada RM 43k dan menurut laporan, ada yang sanggup menukarnya dengan sebidang tanah.
Juga baca: Yamaha RX-Z, ‘tua’ namun tetap jadi buruan! Apa rahsianya?
Sumber imej: FB Zul Huzaimy, Pokjacks Vtg Empire
Source: Yamaha RXZ Catalyzer milik Pok Jack terlalu menggoda, ‘Spark’ tak ralat bayar tunai RM 43k!
More Stories
Hellstar Streetwear: Gear Up to Stand Out
Turkey Visa Free Countries and Process
Allison Transmission for Off-Roading: Performance Insights and Upgrades