Kembar Indo Perodua Axia D74A 2023 generasi baru mungkin menggunakan enjin Rocky, tetapi bukan turbo?

Walaupun Perodua Axia di Malaysia hanya tersedia dengan satu enjin iaitu 1.0 liter 1KR-DE 3-silinder aspirasi natural (65 PS/86 Nm) – di Indonesia, Toyota Agya dan Daihatsu Ayla mendapat tambahan pilihan enjin.

Enjin 4-silinder NA 1.2 liter 3NR-VE DVVT-i (88 PS/108 Nm) yang lebih berkuasa ditawarkan untuk pembeli Indonesia yang mempunyai pilihan yang lebih besar dalam pasaran peringkat permulaan berbanding rakyat Malaysia. Bagaimanapun, laporan baru-baru ini telah membuat spekulasi bahawa enjin 1.2 liter boleh diganti untuk generasi seterusnya.

Baca juga: Toyota Raize tembus pasaran Indonesia – pilihan enjin 1.2L NA, varian GR Sport, paddle shifter, dari RM 62k – RM 75k!

Menurut OtoDriver, Agya/Ayla generasi seterusnya mungkin menyaksikan enjin 1.2 liter WA-VE 3-silinder menggantikan unit 3NR-VE. Enjin WA-VE juga digunakan pada Daihatsu Rocky dan Toyota Raize. Walaupun ia kehilangan satu silinder, ia adalah enjin yang lebih maju dan menawarkan lebih tork (88 PS/113 Nm) berbanding unit 4-silinder.

Baca juga: Perodua Axia (D74A) 2023 generasi baru akan guna enjin NA 1.2 liter dari Rocky/Raize Indonesia?

Malangnya, nampaknya Agya/Ayla generasi seterusnya mungkin tidak menerima enjin 1.0 liter pengecas turbo daripada Raize/Rocky kerana media automotif Indonesia melaporkan bahawa ia mungkin mengekalkan unit NA.

Baca juga: Perodua Axia serba baru mungkin dilancarkan seawal 2023, kod nama D74A

D-CVT pada Myvi facelift

Apa-apapun, Agya/Ayla generasi seterusnya pastinya akan ditawarkan dengan ciri yang lebih canggih termasuk pengenalan transmisi automatik D-CVT seperti yang dilihat pada Raize/Rocky, termasuklah platform DNGA.

Dengan nama kod D74A, pembangunan untuk Agya/Ayla/Axia generasi seterusnya sedang berjalan lancar dan boleh dilancarkan sekitar suku pertama 2023, pada bulan Mac di Indonesia menurut OtoDriver.

Source: Kembar Indo Perodua Axia D74A 2023 generasi baru mungkin menggunakan enjin Rocky, tetapi bukan turbo?