Selepas deretan khabar angin serta imej intip, Yamaha secara rasmi memperkenalkan versi terkini dan tercanggih model ‘Sport touringnya’ Yamaha Tracer 9 GT+ (2023) yang kini lengkap dengan sistem Adaptive Cruise Control (ACC).
Apa yang mengujakan terutama buat penggemar dan peminat jenama itu, Yamaha menggambarkan Yamaha Tracer 9 GT+ (2023) ini sebagai motosikal paling berteknologi tinggi dan canggih pernah dihasilkan Yamaha setakat ini.
Juga baca: Yamaha Tracer 9 GT 2021 dah ada tanda harga di Malaysia, asas RM 69.4k!
Sebagai info, versi terdahulu Yamaha Tracer 9 GT sudah mendarat di pasaran Malaysia dan dijual pada tanda harga asas RM 69,498 ketika dilancarkan pada November tahun lalu.
Untuk permulaan, tiada perubahan dari sudut reka bentuk dijalankan terhadap versi terbaharu Yamaha Tracer 9 GT+ (2023) namun seperti dinyatakan lebih awal, peningkatan yang diberikan oleh Yamaha adalah di bahagian elektronik.
Sebagai model tercanggih, Yamaha Tracer 9 GT+ (2023) ini adalah model pertama jenama itu yang dipadankan dengan sistem ACC dipandu oleh radar.
Juga baca: HLYM dedah harga Yamaha MT-09 2022, asas RM 54.9k!
Ketika diaktifkan, sistem ACC akan mengawal ‘brek enjin’ dan Unified Braking System (UBS) – sistem yang pertama kali dipadankan untuk motosikal bagi mengawal jarak antara motosikal dengan kenderaan di hadapan. Dan jika terjadinya nyahpecutan, brek enjin brek akan diaktifkan sebelum USB.
Ringkas mengenai sistem UBS, ia hanya akan diaktifkan ketika Brake Control (BC) dihidupkan. Sistem UBS ini menawarkan beberapa ciri iaitu ‘Brake Assist’ (Aktif jika sistem mengesan akan berlaku perlanggaran), Bantuan brek depan/belakang (Pelarasan tekanan brek depan dan belakang bagi memastikan jentera kekal stabil), ‘Cornering Brake Control’ (Kawalan tekanan brek depan dan belakang secara serentak ketika mengambil selekoh untuk mengelak tayar tergelincir).
Selain itu, sistem ACC turut mengawal sistem suspensi elektronik dari KYB (KYB Actimatic Damper System) untuk mengoptimumkan keselesaan penunggang dan pembonceng.
Sebagai tambahan, sistem ACC turut mengawal ‘cornering assist’ untuk mengelakkan berlakunya pecutan sewaktu ‘mid-corner’ dan ‘passing assist’ yang akan mengaktifkan kuasa pecutan ketika memotong kenderaan lain.
Lebih menarik, Yamaha Tracer 9 GT+ (2023) turut menjadi menjadi model pertama yang dipadankan dengan sistem ‘quickshifter’ yang baharu. Sistem ‘quickshifter’ generasi ketiga ini boleh diguna pakai sewaktu sistem ACC masih aktif.
Melengkapkan naik taraf untuk Tracer 9 GT+ (2023) adalah penggunaan panel meter baharu. Ia tidak lagi menggunakan skrin meter berkembar, namum skrin TFT tunggal bersaiz 7 inci.
Dan seperti naik taraf terbagharu yang diberikan Yamaha kepada beberapa modelnya, ia juga kini lengkap dengan sistem navigasi Garmin serta mempunyai teknologi sambungan ke telefon pintar.
Juga baca: Yamaha MT-09 SP 2021, makin mengancam dan menggiurkan!
Selain reka bentuk, turut tidak berubah adalah di bahagian trenkuasa dengan Tracer 9 GT+ (2023) kekal dipadankan dengan enjin CP3 bersesaran 890 cc, 3 Silinder Sebaris, 12 Injap, 4 Lejang, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api, DOHC yang digandingkan dengan transmisi 6 kelajuan klac manual.
Kuasa yang dihasilkan adalah 117 Hp pada 10,000 rpm dan tork 93 Nm pada 7,000 rpm.
Di pasaran Eropah, dua pilihan warna ditawarkan iaitu Power Grey dan Icon Performance.
Sebagai motosikal yang boleh disifatkan mempunyai teknologi yang ‘advance’ atau maju dalam kelasnya, peningkatan yang dilakukan Yamaha sememangnya membawa Yamaha Tracer 9GT+ ke satu lagi tahap berlainan dan dijangka akan laris di pasaran.
Source: Yamaha Tracer 9 GT+ (2023) diperkenal, makin canggih, berteknologi, skrin TFT, lengkap ACC!
More Stories
Hellstar Streetwear: Gear Up to Stand Out
Turkey Visa Free Countries and Process
Allison Transmission for Off-Roading: Performance Insights and Upgrades