Tak lama lagi merasalah – Ujian HSR Jakarta-Bandung berjalan dengan jayanya, perantara mudahkan pengguna

Projek Rel Berkelajuan Tinggi (HSR) Jakarta-Bandung di Indonesia telah berjaya melengkapkan ujian perjalanannya di seksyen ujian dari stesen Tegalluar ke Casting Yard No. 4 pada Rabu.

Menurut operator rel berkenaan, ujian ini merupakan sebahagian daripada operasi pengujian komprehensif HSR baru itu dimana penilaian dijalankan untuk ‘subgrade’, trek, serta sistem komunikasi, signal, bekalan kuasa cengkaman, dan lain-lain.

Ujian ini menunjukkan semua penunjuk dan parameter projek di seksyen berkenaan menepati kriteria rekaan dan menjadi asas kepada baki pembinaan rel serta pengoperasian perkhidmatan rel itu nanti.

Sebagai info, projek rel berkelajuan tinggi ini merupakan satu projek mercu tanda di bawah Inisiatif Belt and Road China dimana ia akan menghubungkan ibu negeri Indonesia iaitu Jakarta dan bandar ke-4 terbesarnya, Bandung.

Fasa 2 pula dari Bandung ke Surabaya.

Dengan kelajuan 350 km/jam, rel buatan China ini bakal memendekkan masa perjalanan antara Jakarta dan Bandung dari tiga jam kepada hanya 40 minit. Pegawai kerajaan Indonesia memaklumkan yang sistem perantara khas bakal dibina berhampiran stesen Halim dan Tegulluar sebagai tambahan kepada sistem aliran transit ringan (LRT) bagi memudahkan pengguna pergi ke stesen HSR dari pusat bandar Bandung dan Jakarta.

Juga baca: Kereta api berkelajuan tinggi pertama Indonesia sudah 90% siap, HSR pertama di Asia Tenggara!

Juga baca: Kereta Cepat Jakarta-Bandung akan mula diuji pada Nov 2022. Indonesia dah canggih, HSR apa cerita?

Terdahulu, Presiden Indonesia Joko Widodo berkata operasi HSR Jakarta-Bandung ini dijangka akan bermula menjelang Jun 2023.

Sumber: China Daily

Source: Tak lama lagi merasalah – Ujian HSR Jakarta-Bandung berjalan dengan jayanya, perantara mudahkan pengguna