Satu video tular menunjukkan sebuah Nissan X-Trail berwarna kelabu yang kelihatan ‘bertenggek’ di atas sebuah bangunan di Segambut menarik perhatian ramai selain menimbulkan tanda tanya di kalangan netizen.
Video yang dikongsikan oleh pengguna Tik Tok @klchin96 itu menunjukkan SUV berkenaan diletakkan di atas satu ruangan blok kecil di atas sebuah bangunan, disertakan kapsyen mencuit hati “Parking lot dah penuh ke ni?”
@klchin96 Parking lot dah penuh ke ni? … … … … … … … #Kereta #Malaysia #Nissan #Xtrail #SUV #FYP #ForYou #ForYouPage #Viral #ehehehhh #Hairan #Naik #Tangga #MalaysiaBoleh #Funny #macammana ♬ bunyi asal – Mhd Aizzat – Shira Kun
Seperti biasa, netizen pantas berkongsi komen dan berseloroh tentang keberadaan aneh X-Trail itu di atas bumbung bangunan.
Menurut komen netizen, X-Trail berkenaan sudah lama ‘ditenggekkan’ di atas bangunan rendah berkenaan untuk tujuan promosi penghuni bangunan tersebut iaitu Tan Chong Motor selaku pengedar rasmi kenderaan Nissan di Malaysia.
Difahamkan, SUV berkenaan sudah ‘ditogelkan’ tanpa enjin, tempat duduk dan sebagainya. Oleh itu, mudahlah bagi mereka untuk memindahkan X-Trail ini di tempat parkir abadinya di atas bangunan tersebut.
Taktik meletakkan rangka kereta, mahupun motosikal, di tempat tinggi merupakan salah satu taktik popular dan menarik dilakukan oleh pengedar kereta baharu mahupun yang terpakai. Ternyata, tertularnya video ini membuktikan keberkesanan strategi pemasaran sesebuah jenama atau perniagaan terlibat. Menarik, bukan?
Source: “Tak ada parking ke?” – Netizen pelik Nissan X-Trail boleh ‘naik’ bangunan di Segambut
More Stories
Hellstar Streetwear: Gear Up to Stand Out
Turkey Visa Free Countries and Process
Allison Transmission for Off-Roading: Performance Insights and Upgrades