Suzuki V-Strom SX 250 (2023) membuat kemunculan rasmi di Thailand dan dilancarkan sempena acara yang sedang berlangsung, Thailand Motor Expo (2022).
Sebelum mendarat di Thailand, Suzuki V-Strom SX 250 dilancarkan secara ‘premiere’ di India. Dan antara pasaran serantau yang sudah menerima motosikal bergaya ‘Adventure Touring’ ini adalah Filipina dan sudah ditayangkan secara rasmi di Indonesia.
Juga baca: Suzuki V-Strom SX (2022) debut di India, harga RM 11.7k, padu jika tiba di Malaysia?
Di Malaysia, motosikal berkenaan dilaporkan sedang menjalani ujian namun tiada perkembangan lanjut termasuk daripada Suzuki Malaysia sendiri.
Kembali kepada Suzuki V-Strom SX 250 di Thailand, ia datang dengan dua pilihan warna iaitu:
- Champion Yellow
- Glass Sparkle Black
Tiada perincian mengenai harga didedahkan secara rasmi tetapi mengikut media di Thailand, ia adalah sekitar 16x,xxx baht atau kira-kira RM 20k.
Juga baca: Suzuki V-Strom 250 SX (2023) mendarat di Filipina, harga asas RM 18.6k, Malaysia menyusul?
Di bahagian trenkuasa, Suzuki V-Strom 250 SX dipadankan dengan enjin bersesaran 249 cc, 1 Silinder, 4 Lejang, 4 Injap, Penyejuk Minyak, Suntikan Bahan Api, SOHC yang digandingkan dengan transmisi 6 kelajuan klac manual.
Kuasa yang dihasilkan adalah sekitar 26 Hp pada 9,300 rpm dengan tork 22.2 Nm pada 7,300 rpm.
Seperti dijangkakan, versi yang tiba di Thailand sama seperti di Filipina dan tidak dilengkapi dengan teknologi Bluetooth untuk sambungan ke telefon bimbit menerusi Suzuki Ride Connect.
Di bahagian suspensi, sistem yang digunakan adalah fork teleskopik konvensional dengan jarak travel 120 mm (depan) dan penyerap hentak tunggal (belakang) dengan ciri boleh laras (preload).
Set brek yang digunakan adalah brek cakera tunggal depan dan belakang lengkap dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dua saluran manakala set roda bersaiz 100/90-19 (depan) dan 140/70-17 (belakang).
Seperti motosikal Adventure Touring lain, ia memiliki jarak lega bumi yang agak tinggi iaitu 205 mm, ketinggian pelana 835 mm, berat 167 kg, kapasiti tangki bahan api 12 liter, sistem lampu LED penuh, pelindung terotel, set pelana terpisah antara penunggang dan pembonceng dan panel meter digital penuh.
Sumber imej: FB Suzuki Society Thailand
Source: Suzuki V-Strom SX 250 (2023) lancar di Thailand, harga masih rahsia tapi sekitar RM 20k!
More Stories
Hellstar Streetwear: Gear Up to Stand Out
Turkey Visa Free Countries and Process
Allison Transmission for Off-Roading: Performance Insights and Upgrades