Motosikal bergenre ‘Adventure’ aras mula, Suzuki V-Strom 250SX (2023) memasuki pasaran Filipina, baru-baru ini dan tak menunggu masa lama, model berkenaan turut ditayangkan di Pameran Motosikal Indonesia (IMOS) 2022.
Menurut rakan media kami, Autofun.Id, motosikal berkenaan itu mendapat sambutan yang hangat ketika pameran berkenaan dan berdasarkan informasi mereka juga, ia akan berada di pasaran pada tahun depan.
Juga baca: Suzuki V-Strom 250 SX (2023) mendarat di Filipina, harga asas RM 18.6k, Malaysia menyusul?
Lebih menarik, harga yang bakal ditawarkan oleh Suzuki Motor Indonesia juga sudah diketahui iaitu sekitar Rp 60 juta (RM 18,127).
Melihat kepada model Suzuki V-Strom 250SX (2023) di pameran berkenaan, ia adalah model yang dipadankan dengan pilihan warna ‘Champion Yellow’ yang sememangnya cukup menarik perhatian.
Sebagai info, Suzuki V-Strom 250SX yang diberi julukan ‘Master of all Adventures’ – sama seperti ‘adik beradiknya yang lain – membuat debut di pasaran India pada tahun ini. Dan ia memang mendapat sambutan di pasaran negara berkenaan berikutan gayanya.
Seperti namanya, Suzuki V-Strom 250SX (2023) dipadankan dengan enjin bersesaran 249 cc, 1 Silinder, 4 Lejang, 4 Injap, Penyejuk Minyak, Suntikan Bahan Api yang digandingkan dengan transmisi 6 kelajuan klac manual.
Juga baca: Suzuki Raider R150 Fi, GSX-R150, GSX-S150 2022 debut di Malaysia, harga bermula RM 8.2k!
Kuasa yang dihasilkannya adalah 26 Hp pada 9,300 rpm dengan tork 22.2 Nm pada 7,300 rpm.
Di pasaran Filipina, Suzuki V-Strom 250SX (2023) begitupun tidak seperti varian yang dipadankan seperti di pasaran India kerana ia tidak dilengkapi dengan teknologi Bluetooth untuk sambungan ke telefon bimbit menerusi Suzuki Ride Connect.
Selain Indonesia, Malaysia turut dikhabarkan bakal menjadi destinasi seterusnya motosikal ini selepas ada rangkaian pengedar tempatan jenama itu mereka sedang menjalani latihan untuk model berkenaan di ibu pejabatan Suzuki Malaysia di Shah Alam.
Tetapi tiada perkembangan lanjutan selepas itu jadi, harap bersabar.
Juga baca: Suzuki GSX-S1000 2022, Burgman 400 dah mendarat di Malaysia!
More Stories
Hellstar Streetwear: Gear Up to Stand Out
Turkey Visa Free Countries and Process
Allison Transmission for Off-Roading: Performance Insights and Upgrades