Rakyat Malaysia yang keluar mengundi untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 19 November nanti dilarang menaiki pengangkutan awam termasuk e-hailing jika positif COVID-19.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengeluarkan beberapa langkah am yang perlu diambil bagi memastikan proses pengundian berjalan dengan selamat dan mengurangkan risiko jangkitan kepada pengundi lain serta petugas di pusat pengundi.
Langkah am bagi pengundi positif COVID-19 ini termasuklah larangan menaiki kenderaan awam seperti e-hailing (Grab, Maxim, dll.), teksi, bas, rel, tren, dan lain-lain mod pengangkutan awam.
Selain itu, pengundi positif COVID-19 juga diingatkan untuk tidak singgah di mana-mana sebelum dan selepas mengundi. Pengundi positif harus pulang segera ke kediaman masing-masing selepas selesai mengundi.
Perlu diingatkan, pengundi yang positif COVID-19 juga diwajibkan memakai pelitup muka, memastikan tangan dibersihkan dengan pensanitasi tangan di tempat yang dikenalpasti semasa mengundi, dan perlu memastikan penjarakan fizikal yang selamat diamalkan sepanjang masa.
Para pengundi lain juga dinasihati untuk memakai pelitup muka, memastikan kebersihan diri sentiasa terjaga, dan mengamalkan penjarakan fizikal selamat di lokasi mengundi.
“Petugas kesihatan akan ditempatkan di pusat mengundi bagi membantu melicinkan urusan pengundian bagi pengundi positif COVID-19. Patuhi arahan petugas kesihatan semasa berada di tempat mengundi,” tulis kenyataan KKM di Facebook.
Terdahulu, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar dilaporkan bakal melaksanakan prosedur operasi standard (SOP) COVID-Safe Election dimana pengundi positif COVID-19 dibenarkan keluar mengundi pada PRU15 pada Sabtu nanti.
Source: Pengundi tidak dibenarkan guna e-hailing, pengangkutan awam untuk PRU15 – KKM
More Stories
Hellstar Streetwear: Gear Up to Stand Out
Turkey Visa Free Countries and Process
Allison Transmission for Off-Roading: Performance Insights and Upgrades