Sekatan jalan raya (SJR) oleh Polis DiRaja Malaysia (PDRM) bagi menjaga ketenteraman awam selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kini sedang dilaksanakan di seluruh negara.
Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani bin Haji Abdullah Sani berkata SJR sebagai kesiapsiagaan omnipresence ini dilancarkan bermula Selasa, 22 November 2022, sehingga satu masa yang ditetapkan di lokasi-lokasi strategik di setiap daerah di seluruh negara secara penugasan 24 jam.
“Langkah mendirikan SJR ini adalah sebahagian daripada usaha PDRM mencegah jenayah melalui peningkatan tahap omnipresence bagi menjamin tahap keselamatan dan ketenteraman awam demi keselesaan pengguna jalan raya dan kelancaran lalu lintas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
SJR ini tidak akan dijalankan pada waktu puncak atau siang hari, tambahnya lagi.
Sedang negara kita berdepan ketidaktentuan dalam proses pembentukan kerajaan pasca PRU15, semua rakyat Malaysia digesa untuk sentiasa menjaga keamanan dan ketenteraman awam, selain memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa.
Source: PDRM adakan ‘roadblock’ di seluruh Malaysia, pantau keamanan awam pasca PRU15
More Stories
Hellstar Streetwear: Gear Up to Stand Out
Turkey Visa Free Countries and Process
Allison Transmission for Off-Roading: Performance Insights and Upgrades