Selasa yang lalu, pengeluar EV terbesar China, BYD baru sahaja melancarkan jenama Yangwang yang mana ia dikhaskan untuk barisan model yang lebih mewah, kira-kira pada harga 1 juta Yuan (~RM 640k).
Menariknya, model pertama yang Yangwang akan lancarkan pada tahun 2023 adalah EV offroad. Baru-baru ini pula, patennya sudah terdedah.
Pada bahagian depan, ia nampak macam ada taring naga dan kalau anda perhati pada bahagian arca roda, terdapat kamera untuk memberikan imej pada bahagian tepi.
Beralih ke bahagian belakang pula, ia nampak betul-betul kebal, seolah-olah macam Land Rover Defender. Malah, pada pintu butnya juga, ada roda ganti.
Sebelum ini, sudah ada pihak yang berjaya merakan prototaip SUV offroad ini dan menurut mereka, saiznya cukup besar.
Buat masa sekarang, beberapa media di China memberitahu bahawa kereta pertama Yangwang ini akan dirasmikan pada suku pertama tahun 2023. Apapun, ikuti perkembangan kami untuk menyaksikan salah satu daripada keunggulan BYD di tanah air kita tidak lama lagi.
Juga baca: Spyshot: BYD Atto 3 mendarat di Malaysia, RM 150k untuk EV dengan jarak 420 km!
Sumber: AutoFun TH
Source: Paten SUV offroad EV BYD bawah jenama Yangwang bocor, macam Land Rover Defender!
More Stories
Hellstar Streetwear: Gear Up to Stand Out
Turkey Visa Free Countries and Process
Allison Transmission for Off-Roading: Performance Insights and Upgrades