Ya, Perodua Kenari dibangunkan daripada model asas Daihatsu Move L900 seawal tahun 2000 namun kei-car baharu ini nampaknya hanya menggunakan nama yang sudah sinonim dalam pasaran.
Daihatsu Move Canbus sebenarnya bukan model generasi baharu tetapi lebih kepada model baharu sepenuhnya kerana ia berkongsi banyak perincian dengan Daihatsu Tanto.
Di sebalik anekdot itu, Daihatsu Move Canbus ialah kereta kei yang hanya ditawarkan di Jepun tetapi rakan sekerja kami di AutoFun.id, portal sejawat untuk Indonesia telah menemui paten reka bentuk rasmi yang unik. Paten tersebut tertiris dalam laporan berita industri rasmi republik itu yang diterbitkan pada 22-November 2022.
Baca: Perodua Kenari – Teruk dan pelik, atau ‘best’ dan praktikal?
Selalunya, Direktorat Jenderal Harta Intelek (DJKI) Indonesia di bawah Kementerian Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (HAM) akan menerbitkan laporan mengenai beberapa hak cipta dan reka bentuk dagangan yang telah diluluskan oleh kementerian. Menariknya, Daihatsu Move Canbus adalah salah satu daripada reka bentuk paten yang baru diberikan lampu hijau.
Menurut dokumen yang tersedia itu, Daihatsu Motor Co. Ltd, yang beribu pejabat dari Jepun memfailkan paten di Indonesia pada 27-Oktober 2022. Ia turut menyenaraikan nama 2 pereka Daihatsu Move Canbus – Manabu Fukuda dan Noriaki Kawai sebagai pemilik bersama.
Daihatsu Move Canbus membuat debut di Jepun pada tahun 2016 dan disasarkan terutamanya kepada pemandu wanita. Nama Canbus ialah gabungan “tin” (Can) untuk menunjukkan kenderaan versatil dan “bas” seperti namanya, merujuk kepada reka bentuk yang diilhamkan oleh Volkswagen Type 1 “Bus” yang terkenal.
Daihatsu Move Canbus generasi kedua diperkenalkan pada Julai 2022 dan dibina di atas platform DNGA. Jika nama itu kedengaran biasa dengan anda, hal ini kerana platform ini dikongsi dengan kebanyakan model kereta kei Daihatsu yang lain termasuklah 4 kembar – Daihatsu Rocky/Toyota Raize/Perodua Ativa/Subaru Rex.
Baca: Subaru Rex membuat debut – Perodua Ativa dengan lambang Subaru, hanya ada di pasaran Jepun
Di Jepun, Daihatsu Move Canbus ditawarkan dengan dua trim reka bentuk yang berbeza; Stripes hadir dengan cat dua tona berinspirasikan “VW Bus” yang unik dan Theory yang hanya ditawarkan dengan warna monotona. Jangan tanya mengapa nama varian Jepun ni menarik sungguh.
Bercakap mengenai trim, Daihatsu menawarkan banyak pilihan penyesuaian untuk Move Canbus termasuk roda Minilite 14-inci, rak bumbung, dan ubah suai dalaman bertema Mickey Mouse bagi mereka yang gemar menggemari seekor tikus tak berbaju dengan kasut kuning. Jangan lupa, ia disasarkan untuk wanita.
Sebagai sebuah kereta kei, Daihatsu Move Canbus dikuasakan oleh enjin 3-silinder 660cc aspirasi semula jadi (52 PS/60 Nm) atau dengan pengecas turbo (64 PS/100 Nm). Enjin bersesaran kecil itu dipasangkan dengan transmisi automatik CVT yang memacu bahagian hadapan atau kesemua 4 roda mengikut varian.
Kenderaan ini bukanlah sebuah kereta yang pantas tetapi Daihatsu Move Canbus mempunyai praktikaliti yang menjadi takdir yang tertulis untuknya. Jika reka bentuk tinggi dengan pintu gelangsar kuasa bebas tangan tidak mencukupi, maka susun atur dalaman kereta kei ini akan membuatkan anda terasa sungguh praktikal.
Terdapat cangkuk simpanan, kotak penyimpanan di bawah tempat duduk belakang yang digelar kotak ‘okiraku’, poket ruang cubby yang banyak di bahagian panel, di bawah lantai but, dan di perehat lengan tengah serta pengecas tanpa wayar pada papan pemuka.
Walaupun Daihatsu Move Canbus terasa agak dimunitif, seperti kebanyakan kereta Jepun moden, ia penuh dengan ciri keselamatan yang aktif. Terdapat 17 fungsi keselamatan aktif yang ditawarkan di bawah suite Daihatsu Smart Assist ADAS termasuk kawalan pelayaran adaptif semua kelajuan (ACC), bantuan letak kenderaan sendiri, bantuan keluar lorong dan brek kecemasan autonomi.
Dari segi harga, Daihatsu Move Canbus berharga antara JPY 1,496,000 hingga 1,793,000 (~RM 48k–RM 58k) tetapi sejauh manakah ia akan diperkenalkan di Indonesia? pendaftaran paten reka bentuk tidak semestinya menjamin ia akan dijual di negara ini tetapi Daihatsu mempunyai sejarah menawarkan kereta kei di Nusantara sebelum ini.
Daihatsu Copen LA400 misalnya telah dijual di Indonesia antara 2015 dan 2019. Hadir dalam pilihan import sepenuhnya (CBU) dari Jepun, Indonesia kekal sebagai satu-satunya pasaran di luar Jepun yang menawarkan Daihatsu Copen generasi kedua walaupun dalam kuantiti yang sangat terhad.
Kereta sport kecil itu berharga IDR 500 juta (~RM 142k) ketika baru dan kekal sebagai model khusus di negara tersebut. Jika Daihatsu Move Canbus sampai ke Indonesia, harganya mungkin tidak akan berpatutan walaupun dari segi dimensi, ia lebih kecil daripada Toyota Ayla/Daihatsu Agya/Perodua Axia.
Baca: Spekulasi: Perodua Axia baharu D74A debut Feb 2023 – 6 beg udara, D-CVT dan DNGA!
Source: Paten Daihatsu Move Canbus didaftarkan di Indonesia, jelmaan Kenari generasi baharu!
More Stories
Hellstar Streetwear: Gear Up to Stand Out
Turkey Visa Free Countries and Process
Allison Transmission for Off-Roading: Performance Insights and Upgrades