Jenama Itali, Moto Morini menerjah pasaran tempatan tahun ini menerusi Moto Morini X-Cape 650/X dan model itu katanya antara yang mendapat maklum balas baik bukan saja di Malaysia, malah antarabangsa.
Selain X-Cape 650/X yang bersaing dalam segmen ‘Adventure Touring’ aras tengah, ada beberapa lagi model antaranya Seiemmezzo (Retro Naked) turut menaikkan kembali populariti Moto Morini di peringkat global.
Juga baca: Moto Morini X-Cape 650 (2022) buat debut rasmi di Malaysia, dua varian, harga asas bermula RM 39.9k!
Kepada yang tidak tahu, Moto Morini adalah jenama Itali yang mengalami krisis sebelum dibeli syarikat China, Zhongneng pada 2018.
Menerusi pemilikan dan suntikan dana baharu, Moto Morini kembali dengan beberapa model yang lebih mampu milik terutama dari sudut harga antaranya X-Cape.
Juga baca: Moto Morini X-Cape 650/X tak cukup lasak, ini dia diperkenalkan X-Cape ADV-R!
Apa yang menarik, sekalipun sudah menjadi milik syarikat China, ibu pejabat Moto Morini dikekalkan di Bologna, Itali dan gabungan Itali dan China itu nampaknya menjadi ramuan yang sempurna.
Apa tidaknya, X-Cape 650 menjadi salah satu motosikal paling laris pada tahun ini di Eropah yang sekaligus membuatkan ramai ternanti-nanti apa lagi penawaran daripada syarikat itu.
Kembali kepada Moto Morini X-Cape 1200, kehadiran model lebih berkuasa ini bukanlah sesuatu yang baru malah imej render mengenainya sudah pun terdedah di laman maya sekitar September lalu.
Tetapi perkembangan terkini dan selepas hanya beberapa beberapa bulan, terdedah pula imej motosikal berkenaan yang nampaknya seperti sudah siap sepenuhnya.
Jika melihat kepada imej yang terdedah, X-Cape 1200 sememangnya mengikuti ‘lenggok’ X-Cape 650 namun lebih sasa berikutan kapasiti enjinnya yang lebih bertenaga.
Menurut laporan media antarabangsa, X-Cape 1200 ini dikuasakan enjin V-Twin V87 Bialbero Corsacorta yang pernah dipadankan kepada beberapa model Moto Morini terdahulu seperti Corsaro dan Scrambler 1200.
Dan selain rekaan yang menarik, imej berkenaan turut menunjukan X-Cape 1200 turut dipadankan dengan komponen premium dan antara yang dapat dilihat adalah kaliper brek Brembo Stylema.
Juga baca: Rebiu Moto Morini X-Cape 650, rekaan Itali harga Asia, kualiti tunggangan bikin teruja!
Tidak banyak maklumat lain yang diperoleh namun susulan pendedahan imej berkenaan, Moto Morini dijangka akan ‘membuka mulut’ mereka tidak lama lagi. Sama-sama kita nantikan.
Sumber imej: FB Rosciano Moto
Source: Moto Morini X-Cape 1200, imej lengkap terdedah, enjin V-Twin, brek Brembo, rekaan lagi garang!
More Stories
Hellstar Streetwear: Gear Up to Stand Out
Turkey Visa Free Countries and Process
Allison Transmission for Off-Roading: Performance Insights and Upgrades