Edaran Modenas Sdn Bhd, anak syarikat Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS) hari ini memperkenalkan model edisi terhad iaitu Modenas Ninja 250 Öhlins.
Model ini didatangkan dengan sistem suspensi Öhlins baharu dan tidak menerima sebarang perubahan lain dari aspek mekanikal mahupun kosmetik.
Padanan baharu ini hanya diperkenalkan buat varian Modenas Ninja 250 tanpa ABS dan terhad kepada 180 unit sahaja pada harga berikut (tanpa insurans dan cukai jalan):
- Modenas Ninja 250 Öhlins Edition – RM 20,500.00
Penghantaran akan dibuat secara berperingkat dan akan tersedia untuk jualan di semua rangkaian pengedar sah Kawasaki seperti yang disenaraikan di laman sesawang rasmi syarikat.
“Model ini dipasang siap dengan suspensi belakang Öhlins jenis KA 744, STX 36 Supersport boleh laras yang turut menerima jaminan waranti penuh dari pengilang. Dengan padanan baharu ini, motosikal akan lebih stabil terutamanya ketika memasuki selekoh.
“Walaupun penunggang memulas pendikit minyak atau brek mengejut semasa selekoh di kawasan yang tidak rata, motosikal itu tetap stabil. Lebih-lebih lagi, ia akan menjadi satu kelainan dalam segmennya.” kata Roslan Roskan Ketua
Pegawai Eksekutif MODENAS.
Öhlins merupakan salah satu jenama terkemuka dalam menghasilkan teknologi suspensi untuk sukan permotoran, dan ia turut memperkenalkan sistem yang sama bagi kegunaan motosikal kelas pertengahan yang dapat mengekalkan kuasa serta lebih kawalan semasa tunggangan.
Modenas Ninja 250 kini dipadankan dengan penyerap hentakan berketepatan tinggi dan rendah geseran yang akan memberikan keselesaan serta pengalaman menunggang yang hebat.
Hanya satu warna yang ditawarkan iaitu Metallic Carbon Gray dengan waranti dari pengilang selama 2 tahun atau 20,000km (mana-mana datang dahulu).
Baca: Tunggang uji Modenas Ninja 250 ABS: Prestasi, kualiti kekal mantap, lagi berbaloi?
Source: Modenas Ninja 250 Ohlins Edisi Terhad dilancarkan – hanya 180 unit, dari RM 20k, non ABS!
More Stories
Hellstar Streetwear: Gear Up to Stand Out
Turkey Visa Free Countries and Process
Allison Transmission for Off-Roading: Performance Insights and Upgrades