Kali terakhir Honda merangkul gelaran dunia MotoGP adalah pada musim 2019 bersama jaguhnya, Marc Marquez tetapi selepas tiga musim yang ‘hambar’, pelumba bintang Sepanyol itu ketika ini tampak seperti hampir hilang sabar bersama pengeluar Jepun itu.
Tanpa kelibat hebat Marquez di atas litar, Honda sememangnya seperti kehilangan ‘sengat’ dan itulah yang terjadi pada musim 2020, 2021 dan musim ini di mana juara dunia MotoGP enam kali itu gagal menamatkan saingan semusim penuh susulan isu kecederaan yang dihadapi.
Pada musim ini, sekalipun tidak berlumba di lapan pusingan, Marquez masih menamatkan kempen sebagai pelumba Honda terbaik di grid MotoGP iaitu di kedudukan ke-13.
Dan seperti tidak lagi mahu menahan dirinya, Marquez dalam dokumentari terbaharunya bertajuk ‘Marc Marquez: ALL IN’ dan akan disiarkan di Amazon Prime menuding jari kepada Honda atas kemelut yang terjadi.
“Saya mahu kembali bangkit ke puncak bersama kamu,” kata Marquez memetik laporan Crash.net. “Tetapi jika tidak bersama kamu, saya akan cuba melakukannya dengan cara saya.
“Sebagai pelumba di atas litar, saya seorang yang tidak menyenangnya. Kami pelumba-pelumba Honda memiliki mata paling sedikit (MotoGP) dan paling banyak terjatuh.
Dokumentari ‘Marc Marquez: ALL IN’ dijadual akan disiarkan pada Februari 2023 dan ditayangkan lebih daripada 200 negara.
Turut disiarkan dalam dokumentari itu adalah video yang tidak pernah disiarkan sebelum ini iaitu ketika Marquez menjalani pembedahan lengan keempat.
Selain itu, Marquez turut mendedahkan tidak menafikan dia pada satu tahap sudah memikirkan mengenai persaraan.
Malah Marquez turut menyoal pasukan perubatannya adalah apa yang dilakukannya berbaloi atau tidak.
“Perkara pertama dalam memori saya adalah kemalangan. Fikiran kamu berada di tempat lain manakala badan kamu berada di tempat lain. Bagi saya, kegembiraan adalah kemenangan,” katanya.
Sumber imej: FB Marc Márquez
Source: Marc Marquez bagi Honda amaran, kritik pelumba Honda kutip mata paling ‘ciput’, asyik jatuh!
More Stories
Hellstar Streetwear: Gear Up to Stand Out
Turkey Visa Free Countries and Process
Allison Transmission for Off-Roading: Performance Insights and Upgrades