Ramai pengguna yang terjejas dengan gangguan Transit Aliran Ringan (LRT) bermula Rabu terpaksa akur dan mencari jalan alternatif untuk tiba ke destinasi masing-masing sehingga berdepan risiko keselamatan.
Salah seorang pengguna terlibat, Nur Sophia Jesmine Hasmin (25), yang sepatutnya menaiki LRT Laluan Kelana Jaya didekati oleh dua orang lelaki yang menunggang motosikal sebelum disamun di kawasan berhampiran LRT Sri Rampai pada pagi Rabu, lapor Astro Awani.
and bcs of this lrt situation thingy, i got robbed in front of the Desa Pandan condo section by the lrt sri rampai while waiting for my dad to pick me up and send me to the office. those robbers slashed through my back pack and snatched away my company’s laptop. https://t.co/OiMFHGeUmJ
— sophia (@soph_jes) November 9, 2022
Difahamkan, Nur Sophia yang sedang dalam perjalanan dari Stesen LRT Sri Rampai ke Stesen LRT USJ 7 dimaklumkan tentang gangguan perjalanan LRT oleh salah seorang pegawai polis bantuan. Terdesak, wanita berkenaan meminta bantuan bapanya untuk menghantarnya ke pejabat lalu menunggu di persimpangan antara Stesen LRT Sri Rampai dan sebuah kondominium.
Nur Sophia memberitahu akhbar berkenaan salah seorang lelaki berkenaan bertindak menarik begnya yang mengandungi komputer riba milik syarikat dan telefon pintar. Nur Sophia dikatakan enggan melepaskan begnya sebelum lelaki berkenaan menggunakan pisau untuk mengoyakkan beg berkenaan sebelum melarikannya. Mujur, tiada kecederaan dilaporkan.
Mangsa telah membuat laporan di Balai Polis Setiawangsa dan pihak polis akan menjalankan siasatan selain mendapatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian.
Prasarana Berhad mengumumkan pada Rabu 16 stesen LRT di sepanjang Laluan Kelana Jaya dihentikan perkhidmatannya sehingga 15 November 2022 susulan masalah teknikal melibatkan sistem Automatic Train Control (ATC) yang rosak sejak Sabtu (5 November).
Source: LRT rosak, wanita disamun gara-gara menunggu kereta bapanya di LRT Sri Rampai
More Stories
Hellstar Streetwear: Gear Up to Stand Out
Turkey Visa Free Countries and Process
Allison Transmission for Off-Roading: Performance Insights and Upgrades