Dipertontonkan pada pertengahan tahun lalu di Minggu Rekabentuk Milan (2023) Milan, Itali, model serba baharu Lambretta X300 (2023) akhirnya mendarat di pasaran Thailand, baru-baru ini.
Seperti model jenama Itali lain, harga jualan yang ditawarkan untuk Lambretta X300 (2023) ini agak padu iaitu 154,900 baht (RM 19,741).
Sebelum mengulas lanjut mengenai X300 (2023) dan kepada yang tidak tahu, Lambretta adalah jenama motosikal/skuter ikonik Itali yang ditubuhkan sejak tahun 1947.
Dengan sejarah panjang lebih daripada 75 tahun itu, ia memiliki gaya tersendiri selain ramai peminat termasuk di pasaran Asia Tenggara antaranya Malaysia.
Kembali kepada Lambretta X300, ini kali pertama jenama itu menggunakan kod X. Menurut Lambretta, tujuannya adalah untuk membezakan model itu dengan model lain dan ia adalah idea Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Lambretta sendiri iaitu Walter Scheffrahn.
Dan tidak seperti model-model Lambretta yang lain, X300 (2023) mempunyai keunikan tersendiri dengan memiliki rekaan lebih bersegi dan garisan lurus namun tak menghilangkan ciri ikonik skuter klasik berkenaan.
Untuk pasaran Thailand, Lambretta X300 (2023) yang dilancarkan penuh meriah dijual dalam 4 pilihan warna iaitu:
- Argento Silver
- Gemma White
- Lucente Black
- Milano Green
Setiap pilihan warna turut dipadankan dengan pelana berwarna hijau gelap sebagai standard.
Di bahagian trenkuasa, skuter ini dipadankan dengan enjin 275 cc, 1 Silinder, 4 Injap, 4 Lejang, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api yang digandingkan dengan transmisi automatik.
Kuasa yang dijana adalah pada angka 24.8 Hp pada 8,250 rpm dan tork 24.5 Nm pada 6,250 rpm.
Menggunakan kerangka jenis keluli tubular yang kukuh, sistem suspensi skuter ini dijana fork teleskopik konvensional (depan) dan penyerap hentak berkembar di bahagian belakang.
Sistem brek pula menggunakan cakera tunggal bersaiz 220 mm (depan) dan cakera tunggal 219 mm (belakang) lengkap dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dua saluran. Set roda yang digunakan adalah bersaiz 120/70-12 (depan) dan 130/70-12 (belakang) dengan rim yang digunakan jenis aloi.
Ciri-ciri menarik lain termasuklah penggunaan Sistem Kunci Pintar, panel meter gabungan analog/digital dan sistem lampu bersepadu (belakang) IFS (Integrate-Function Signals) yang menggabungkan lampu belakang/kecemasan, signal dalam lampu yang sama.
Juga baca: Peminat skuter klasik, Royal Alloy GP125, GP180 kini di Malaysia. Harga RM 12.4k dan RM 15.5k!
Source: Lambretta X300 (2023) dah tiba di Thailand, harga RM 19.7k!
More Stories
Hellstar Streetwear: Gear Up to Stand Out
Turkey Visa Free Countries and Process
Allison Transmission for Off-Roading: Performance Insights and Upgrades