Bagi memenuhi permintaan di pasaran global, KTM membangunkan semula model ‘original’ yang diberi julukan ‘The Scalpel’, KTM 790 Duke (2023) selepas hampir dua tahun ia ‘direhatkan’ bagi memberi laluan kepada KTM 890 Duke.
Sebagai info, KTM membuat keputusan menggantikan 790 Duke dengan 890 Duke kerana mahukan jentera yang lebih berkuasa selain memenuhi piawaian emisi terkini di Eropah namun disebabkan popularitinya, ia kembali ke barisan pengeluaran.
Dan disebabkan penghasilkan semula KTM 790 Duke juga, pengeluaran 890 Duke turut dihentikan oleh pengeluar dari Austria itu namun varian tertinggi, KTM 890 Duke R dikekalkan.
Tetapi untuk penghasilan semula KTM 790 Duke (2023), KTM terpaksa bekerjasama dengan syarikat pengeluar motosikal China, CFMoto yang diberikan tanggungawab membangunkan semula enjin LC8c 799 cc, Parallel-twin itu yang kini patuh piawaian emisi Euro5.
Di bahagian kuasa, enjin ini mampu menghamburkan 105 Hp pada 9,000 rpm dan 82.37 Nm pada 8,000 rpm. Begitupun untuk pasaran Eropah, KTM 790 Duke (2023) diberikan kuasa setinggi 95 Hp.
Antara naik taraf lain yang diberikan kepada KTM 790 Duke (2023) adalah di bahagian elektronik namun kebanyakannya datang sebagai pilihan berbayar.
Menyertai mod tunggangan sedia ada iaitu Sport, Street dan Rain adalah mod track namun ia datang sebagai pilihan.
Secara standard, KTM 790 Duke (2023) kekal dengan Sistem Kawalan Traksi (sembilan peringkat), fungsi ‘anti-wheelie’, ‘launch control’ dan tiga tetapan respon enjin dan ‘Cornering ABS’ dengan mod Supermoto.
Dan ciri yang didatangkan sebagai pilihan iaitu Motor Slip Regulation (MSR), Cruise Control, Tyre Pressure Monitoring System (TPMS), Quickshifter dan sambungan ke telefon bimbit.
Begitupun, KTM masih bermurah hati dengan memberikan ‘mod Demo’ yang membenarkan pembeli ‘bermain’ pakej elektronik terbaharu namun ada tempoh masa. Dan jika tempoh masa itu berakhir, mereka meneruskan tetapan itu menerusi pembayaran tambahan.
Tiada perubahan di bahagian suspensi menerusi penggunaan jenama WP Apex dan sistem brek cakera berkembar (depan) dan cakera tunggal (belakang) lengkap dengan ABS.
Ciri-ciri lain termasuklah panel meter TFT berwarna bersaiz 5 inci, sistem lampu LED penuh, ketinggian pelana 825 mm dan tangki bahan api 14.3 liter.
KTM masih belum mengumumkan harga rasmi untuk KTM 790 Duke (2023) tetapi menurut laporan media antarabangsa, ia akan mula tiba di bilik pengedar pada Januari 2023.
Source: KTM hasilkan semula ‘The Scalpel’ 790 Duke (2023), kini patuh emisi Euro5!
More Stories
Hellstar Streetwear: Gear Up to Stand Out
Turkey Visa Free Countries and Process
Allison Transmission for Off-Roading: Performance Insights and Upgrades