Menurut seorang insan yang bernama Aimpro Samudra, kita semua perlu buat apa jua untuk mengejar impian. Dalam kes beliau, impian yang diperjuangkannya melibatkan sebuah Perodua Kelisa yang merantau ke lebih 20 negara di sekitar Asia Tenggara, Eropah dan Asia Tengah. Untuk makluman anda, jelajah Samudra ini sudah memakan masa 3 tahun dan masih belum tamat.
Juga baca: Harga Perodua Kelisa terpakai atas RM 10k, dah lepas tempoh 20 tahun masih mahal!
Berdasarkan laporan Wau Post, Samudra (bekerja sebagai kontraktor) bergerak dari Tampin, Negeri Sembilan sejak 4 November 2019 iaitu bersama anak lelaki sulungnya dengan menggunakan Perodua Kelisa 2004 yang diberi nama “Wheely”.
Juga baca: Perodua Kelisa: MINI kegemaran Malaysia!
Sepanjang 3 tahun, beliau telah sampai ke Thailand, Myanmar, India, Pakistan dan Iran. Negara Eropah juga telah Samudra teroka dengan Kelisa itu iaitu seperti Turki, Bulgaria, Romania, Hungary, Croatia, Jerman, Belanda, Denmark, Sweden, Norway, Belgium, Perancis, Itali, Switzerland dan Greece.
Untuk makluman anda, penjelajahan Samudra meliputi kawasan pergunungan salji, cuaca sejuk beku, jalan yang berbukit-bukau dan beberapa kawasan yang jalannya teruk. Menurut ramalan kami, perjalanan beliau bersama anaknya itu meliputi 15,000 km.
Apapun, pengembaraannya bukanlah mudah kerana Samudra terpaksa berdepan dengan pelbagai cabaran seperti tergelincir di jalan berasis dan tayar pancit di Karakoram Highway. Walau bagaimanapun, rakyat di sekitar itu dengan ringan hatinya membantu beliau membaiki apa yang patut untuk meneruskan perjalanan.
Menariknya, Samudra sebenarnya kembali ke Malaysia sewaktu PKP bermula pada tahun 2020. Kemudian pada 15 September 2022, beliau kembali menjelajah tetapi tidak lama selepas itu, Kelisanya menghadapi masalah kotak gear dan ia perlu dibuat semula.
Dengan bantuan rakan di Turki dan mekanik di Malaysia (panggilan video), kotak gear tersebut berjaya dibaik pulih dan Samudra dapat meneruskan kembali perjalanannya.
Sewaktu pilihanraya umum ke-15 baru-baru ini, untuk pulang ke Malaysia, Samudra meletakkan Wheely secara sementara di Lahore, Pakistan.
Dari segi keseluruhan, Samudra berkata bahawa aspek yang paling bernilai buatnya dalam pengembaraan itu adalah apabila dapat buat sesuatu yang lain di samping mencipta memori berharga bersama anak sulungnya.
Apapun, nasihat beliau terhadap kesemua rakyat Malaysia diungkapkan seperti berikut yang mana ia berbunyi, “Jangan putus asa! Kadang-kadang anda kena jadi sedikit gila untuk buat benda gila. Dalam masa yang sama, buatlah baik dengan orang sekeliling tidak kisahlah mereka siapa”.
Selepas ini, Samudra berancang untuk meneruskan penjelajahan dan akan membawa Wheely kembali ke Malaysia. Inilah bukti betapa bolehnya rakyat Malaysia, sama seperti kereta Kelisa yang bukan main kompak tetapi boleh mengembara serata dunia.
Juga baca: Perodua Kelisa selepas 20 tahun, bukti barang kecil juga boleh memberi kebahagiaan!
Source: Kecil-kecil cili padi, Perodua Kelisa ini dalam 3 tahun dah jelajah 20 negara di serata dunia!
More Stories
Hellstar Streetwear: Gear Up to Stand Out
Turkey Visa Free Countries and Process
Allison Transmission for Off-Roading: Performance Insights and Upgrades