Mungkin kerana kerap kali arahan diingkari selain risiko musim tengkujuh, pengendali Terowong Jalan Raya dan Pengurusan Air Banjir (Smart) mengulangi amaran kepada penunggang motosikal agar tidak menggunakan laluan berkenaan.
Juga baca: KL ‘selamat’ kerana terowong SMART lencongkan 5 juta meter padu air banjir
Sekalipun sudah ada papan tanda amaran mengenai halangan berkenaan, Smart mengeluarkan satu hantaran di laman Twitter rasminya yang menegaskan pengguna kenderaan dua roda tidak perlu mengambil risiko dengan mengingkari arahan yang dikeluarkan.
“Penunggang dan pembonceng tidak dilindungi insurans jika berlaku kemalangan di dalam terowong. Mengapa ambil risiko?
“Sayangilah nyawa yang tersayang. Keselamatan anda keutamaan kami,” tulis pengendali laman berkenaan beserta imej papan tanda amaran selain gambar cubaan penunggang motosikal menggunakan laluan itu.
Sebagai info, selain digunakan oleh kenderaan, terowong Smart adalah terowong lencongan air yang terpanjang di Asia Tenggara dan kedua terpanjang di Asia.
Dan jika berlakunya hujan lebat, terowong yang mempunyai jarak 9.7 km (3.3 km untuk kenderaan) akan bertindak sebagai laluan penyuraian air di Sungai Klang/Ampang untuk mengelakkan kejadian banjir.
Justeru, amaran yang dikeluarkan oleh Smart itu sememangnya harus diambil perhatian bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.
Selain motosikal, kenderaan berat seperti lori dan bas turut tidak dibenarkan melalui terowong tersebut manakala kenderaan yang dibenarkan melaluinya seperti kereta, MPV, SUV dan Van tidak boleh memiliki ketinggian 2 meter.
Juga baca: Hero banjir, Terowong SMART kini dibuka semula untuk laluan keluar masuk Kuala Lumpur
More Stories
Billionaire Studios Clothing: The Intersection of Luxury and Streetwear
The Essentials Hoodie: The Perfect Blend of Comfort and Design
Expert Guidance: Benefits of Consulting a Psychiatrist For Anxiety Disorders