Indonesia akan lancar Chery Tiggo 7 Pro & 8 Pro (CKD); ini sebab kenapa ia penting untuk Malaysia

Indonesia pada 23 November ini nampaknya bakal melancarkan SUV Chery Tiggo 7 Pro dan 8 Pro, masing-masing dalam bentuk pemasangan lokal (CKD). Spesifikasi yang bakal kita dapat di Malaysia nanti pula mungkin berpandukan model di sana.

Chery Tiggo 8 Pro.

Secara amnya, Chery sedang berancang untuk membangunkan pusat R&D di Indonesia bagi mempelajari keperluan dan permintaan pelanggan di rantau Asia Tenggara.

Chery Tiggo 7 Pro.

Kalau dimasukkan dengan kilang Bekasi di Jawa Barat, Chery kiranya ada 7 kilang di serata dunia. Indonesia pula dijadikan sebagai pusat rantau syarikat itu buat pasaran pandu belah kanan (RHD). Jadi, apa yang Indonesia dapat mungkin gambaran tentang apa yang bakal beransur ke pasaran kita.

Juga bacaChery adalah kereta China PERTAMA yang utamakan Malaysia, bukan Geely. Ini 3 sebab utama!

Dari segi teknikal, kedua-dua SUV ini cukup memukau. Chery Tiggo 7 Pro dikuasakan oleh enjin 1.5L turbo yang menghasilkan 150 PS dan 230 Nm tork. Tenaga sebanyak ini dihantar ke roda depan melalui transmisi CVT.

Antara ciri yang ada termasuklah kluster digital 7 inci, infotainment 10.25 inci dan panel penyaman udara 8 inci. Tempat duduk kulit, kamera 360-darjah, pengecas nirwayar, but belakang berkuasa, bumbung suria panoramik dan ADAS penuh juga turut dilengkapkan pada SUV segmen C ini.

Juga bacaPrebiu Chery Tiggo 7 Pro – pesaing X70 yang lebih premium, jadi semewah mana SUV ni?

Beralih ke Tiggo 8 Pro, ia merupakan SUV mercu buat Chery dan ia didatangkan khas dengan 7 tempat duduk. Pada bahagian dalam, SUV yang lebih mewah ini hadir dengan kluster digital, tempat duduk kulit jenis ‘quilted’, sistem audio Sony dan ‘peti ais’ di konsol tengah pada bahagian bawah tempat perehat tangan.

Kapasiti but pada Tiggo 8 Pro kalau dalam mod 7 tempat duduk adalah seluas 210 liter.

Selain itu, terdapat ciri lampu ambient lighting dan bumbung suria panoramik. Sistem keselamatan ADASnya pula datang sekali dengan kawalan pelayaran adaptif dan amaran titik buta.

Dari segi kuasa, Chery Tiggo 8 Pro dikuasakan oleh enjin 2.0L turbo (255 PS, 390 Nm) yang dipadankan dengan transmisi DCT 7 kelajuan.

Di Thailand, Tiggo 7 Pro berentap dengan SUV seperti Mazda CX-5 dan Honda CR-V. Tiggo 8 Pro pula berlawan dengan Volkswagen Tiguan Allspace dan Mazda CX-8.

Harga di sana akan diumumkan sewaktu majlis pelancaran. Jadi, sama-samalah kita nantikan.

Juga bacaLupakan Eastar dahulu, Chery pratonton Omoda 5 & SUV Tiggo 4 Pro, 7 Pro & 8 Pro di Malaysia

Source: Indonesia akan lancar Chery Tiggo 7 Pro & 8 Pro (CKD); ini sebab kenapa ia penting untuk Malaysia