Jenama kereta elektrik (EV) Smart yang terhasil di bawah usaha sama Mercedes-Benz dengan Geely dijangka akan memperkenalkan model baharu di pasaran global tak lama lagi. Selepas tampil dengan Smart #1, model kedua yang bakal menyusul adalah Smart #3 dipanggil dengan sebutan hashtag three.
Menurut dokumen daripada Kementerian Perindustrian dan Teknologi Maklumat (Ministry of Industry and Information Technology) yang setaraf dengan JPJ di China, Smart #3 berukuran 4,400 mm panjang, 1,844 mm lebar, dan 1,556 mm tinggi, dengan jarak roda 2,785 mm.
Kementerian ini memeriksa homologasi kenderaan baharu di sana sekaligus mengesahkan kehadiran Smart #3.
Sebagai konteks, Smart #1 berukuran 4,270 mm panjang, 1,822 mm lebar dan 1,636 mm tinggi dengan jarak roda yang terbentang pada 2,750 mm. Smart #1 bersaing dengan SUV elektrik lain seperti BYD Atto 3 dan MG4.
Baca: MG4 terjual sehingga 1.6k unit dalam masa 8 jam, walaupun tiada harga yang didedahkan!
Berbalik kepada Smart #3, ia disokong oleh platform EV SEA milik Geely yang sangat fleksibel dan dilaporkan mempunyai rangkaian kuasa yang sama seperti Smart #1, dengan varian pacuan roda belakang yang menghasilkan 272 PS/343 Nm.
Menariknya, satu spesifikasi trenkuasa peringkat permulaan baharu juga dikhabarkan akan ditawarkan. Butiran lanjut tentang kapasiti bateri, jarak gerak dan keupayaan pengecasan belum disahkan.
Di samping itu, masih tiada foto bahagian dalaman bagi Smart #3 walaupun ia dijangka menyerupai Smart #1 dengan lebih banyak ruang dan praktikaliti.
Smart pernah menekankan komitmen mereka untuk menghasilkan sekurang-kurangnya 1 model baharu setiap tahun dari 2022 hingga 2024.
Smart #1 akan dilancarkan di Malaysia dan Thailand pada suku akhir 2023. Smart #3 pula dijangka akan menjadi model yang akan ditawarkan di Malaysia selepas kehadiran Smart #1 nanti.
Baca: Proton bakal jadi pusat strategi Smart EV di ASEAN, tambahan 2 model baharu bakal menyusul!
Source: Imej Smart #3 tertiris, jaga-jaga EV ini mungkin menyusul ke Malaysia melalui Pro-NET?
More Stories
Hellstar Streetwear: Gear Up to Stand Out
Turkey Visa Free Countries and Process
Allison Transmission for Off-Roading: Performance Insights and Upgrades