Honda CBR150R di pasaran tempatan mendapat kemas kini terbaharu pada pertengahan tahun ini menerusi pengenalan versi edisi terhad Repsol namun di seberang, PT Astra Honda Motor (AHM) baru-baru ini melancarkan versi 2023 model ‘Sportbike’ aras mula popular itu.
Tidak seperti pasaran Malaysia di mana Honda CBR150R dijual dalam satu varian, terdapat dua pilihan varian tersedia di Indonesia iaitu ABS (Sistem Brek Anti-Kunci) dan Non-ABS.
Juga baca: Honda CBR150R Edisi Repsol (2022) diperkenal di Malaysia, terhad 800 Unit, harga RM 13.5k!
Dan berbeza dengan versi 2022 (5 pilihan), hanya empat pilihan warna baharu diperkenalkan untuk versi 2023 dengan perincian mengenai varian dan pilihan warna adalah seperti berikut:
Honda CBR150R Non-ABS
- Dominator Matte Black, Victory Red Black – Harga Rp 36,741,000 (RM 10,509) – OTR (Atas jalan) Jakarta
- Honda Racing Red, Honda Tricolor – Harga Rp 37,447,000 (RM 10,710) – OTR Jakarta
Honda CBR150R ABS
- Victory Red Black, Dominator Matte Black – Harga Rp 40,817,000 (RM 11,674) OTR Jakarta
- Honda Tricolor – Harga Rp 41,523,000 (RM 11,876) OTR Jakarta
Begitupun, AHM hanya memberikan kemas kini kosmetik terhadap model berkenaan yang menyaksikan tiada perubahan dari sudut rekaan mahupun spesifikasi trenkuasa berlaku.
Mengulas rekaan, Honda CBR150R ini yang tampil dengan rekaan sporty sememangnya masih relevan sekalipun ‘dihambat’ teruk pencabarnya terutama daripada Yamaha iaitu R15M V4 yang kini tampil dengan rekaan menarik bersama spesifikasi padu.
Juga baca: Honda CBR250RR 2020 dilancar di Malaysia, dua warna menarik, harga RM26k.
Begitupun, pilihan warna serta corak grafik baharu (ada yang mirip jentera Honda di WSBK) dikatakan memberi kesegaran buat model yang baharu saja dikemaskini dari sudut rekaan pada tahun lalu itu.
Apa yang lebih menarik, menurut rakan media kami di seberang Autofun.id, tiada kenaikan harga diumumkan oleh AHM.
Mengulas spesifikasi trenkuasa, motosikal ini kekal dengan enjin bersesaran 150 cc, 1 Silinder, 4 Injap, 4 Lejang, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api PGM-Fi, DOHC yang digandingkan dengan transmisi 6 kelajuan klac manual lengkap klac Assist & Slipper.
Kuasa yang dihamburkan adalah 17.11 PS pada 9,000 rpm dan trok 14.4 Nm pada 7,000 rpm.
Menurut ujian yang dilakukan Autofun.id pula, motosikal ini mempunyai kelajuan 0-60 km/j dalam tempoh 4.49 saat, 0-80 km/j (7.71 saat) dan 0-100 km/j (12.91 saat). Kelajuan ‘top speed’ motosikal ini adalah 136 km/j (Spidometer) manakala menerusi ujian menerusi alat ‘Racebox’ adalah 120.9 km/j (mengikut berat dan kemampuan penguji).
Tampak lebih ranggi, fork depan menggunakan jenis terbalik (USD) Showa SFF-BP (Separated Function Fork-Big Piston) dan penyerap hentak tunggal (belakang). Sistem brek menggunakan cakera tunggal depan dan belakang dengan ABS dipadankan mengikut varian.
Juga baca: Honda CBR150R 2021 serba baharu tiba di Indonesia, harga bermula RM10,297!
Informasi penting lain adalah seperti kapasiti bahan bakar 12 liter, panel meter jenis digital LCD, sistem lampu LED penuh, Emergency Stop Signal (ESS) dan berat 137 kg (Non ABS) dan 139 kg (ABS).
Source: Honda CBR150R (2023) diperkenal di seberang, warna baharu, harga bermula RM 10.5k!
More Stories
Hellstar Streetwear: Gear Up to Stand Out
Turkey Visa Free Countries and Process
Allison Transmission for Off-Roading: Performance Insights and Upgrades