Kira-kira dua tahun lalu, seorang mekanik terpaksa berdepan hakikat pahit kehilangan sebelah kaki selepas terbabit dengan kemalangan motosikal gara-gara jalan berlubang dalam kejadian di Kelantan.
Dan selepas bertahun hilang nikmat berjalan, nasib lelaki berkenaan, semalam akhirnya dibela apabila menerima pampasan sebanyak RM 652,000 selepas menang kes saman terhadap kejadian pilu yang menimpa dirinya itu.
Juga baca: Cara nak saman pihak berkuasa jika anda kemalangan sebab jalan berlubang
Berdasarkan kes, mangsa, Tengku Muhamad Khazi Hakimi Ku Hussin putus kaki kiri akibat terjatuh ke dalam lubang dilimpahi air semasa menunggang motosikal di Kilometer 53, Jalan Kota Bharu – Kuala Krai dekat Machang kira-kira dua tahun lalu.
Keputusan membabitkan pampasan itu dibuat oleh Hakim Mahkamah Sesyen Kota Bharu, Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli selepas mendapati bukti yang dikemukakan oleh mangsa berusia 34 tahun selaku plaintif bahawa kemalangan berlaku akibat lubang jalan yang dilimpahi air.
Memetik laporan Kosmo!, kemalangan itu berpunca daripada kecuaian Roadcare Malaysia Sdn. Bhd. (Roadcare) sebagai kontraktor penyelenggara jalan kepada kerajaan yang merupakan defendan dalam kes tersebut.
Peguam yang mewakili plaintif, Wahab Che Kob berkata, pada peringkat awal perbicaraan, Roadcare menafikan dan menyangkal kewujudan lubang tersebut pada jalan raya berkenaan.
Juga baca: 60% jalan raya di Selangor dah ‘expired’, perlu masa 10 tahun atau lebih untuk ‘overhaul’
“Bagaimanapun, mahkamah menyatakan berdasarkan bukti-bukti dan keterangan di pihak plaintif, kemalangan berlaku disebabkan lubang yang dilimpahi air akibat kecuaian Roadcare sebagai kontraktor penyelenggara jalan kepada kerajaan.
“Kejadian itu menimpa mangsa dalam kejadian pada 1 Disember 2019 di Kilometer 53, Jalan Kota Bharu – Kuala Krai di Machang. Nahas itu mengakibatkan mangsa mengalami cacat kekal apabila kehilangan kaki kirinya,” kata penguam berkenaan.
Tengku Muhamad Khazi Hakimi memfailkan saman melalui Tetuan Kamarudin Wee & Co. dengan menamakan Roadcare dan kerajaan sebagai defendan yang diwakili peguam S. Siva Shanker dan Asmah Che Wan.
Juga baca: Kenapa jalan raya di Malaysia selalu rosak teruk? Ini jawapan sebenarnya
Source: Hilang sebelah kaki kemalangan akibat jalan raya berlubang, lelaki ini dapat pampasan RM 652k!
More Stories
Hellstar Streetwear: Gear Up to Stand Out
Turkey Visa Free Countries and Process
Allison Transmission for Off-Roading: Performance Insights and Upgrades