Akhirnya, kalendar perlumbaan MotoGP atau Kejuaraan Motosikal Dunia musim 2023 diumumkan pengendali perlumbaan elit dua roda itu yang menyaksikan Grand Prix (GP) Malaysia musim depan dijadual pada 10 hingga 12 November.
Tidak lagi menjadi perlumbaan kedua terakhir dalam kalendar, perlumbaan GP Malaysia 2023 diletakkan di pusingan ketiga terakhir diikuti GP Qatar dan penutup tirai, GP Valencia.
Sejumlah 21 pusingan dengan 42 perlumbaan dijadual berlangsung susulan perubahan ‘major’ yang dilakukan Dorna bagi menjadikan MotoGP lebih menarik menerusi pengenalan ‘Sprint Race’.
Selain menjadi perlumbaan ketiga terakhir dalam kalendar, Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kekal sebagai medan ujian ‘Shakedown test’ yang dijadual pada 5 hingga 7 Februari diikuti ujian rasmi musim sejuk pada 10 hingga 12 Februari 2023.
Buat pertama kali sejak tahun 2007, perlumbaan pembuka musim tidak akan berlangsung di Doha, Qatar namun bermula di Eropah iaitu Grand Prix (GP) Portugal.
Daripada 21 pusingan, 10 daripadanya adalah di luar Eropah dengan Kazakhstan dan India menjadi destinasi terbaharu namun masih tertakluk kepada proses homologasi. Turut digugurkan adalah perlumbaan di Aragon (Sepanyol).
Juga baca: GP Malaysia 2021 dibatalkan, tiada kelibat Valentino Rossi, bintang MotoGP di Sepang!
10 perlumbaan di luar Eropah itu ialah Argentina, Amerika Syarikat (Benua Amerika) dan lapan Asia iaitu Kazakhstan, India, Jepun, Indonesia, Australia, Thailand, Malaysia dan Qatar.
Sebagai rekod, sejak musim 2014, GP Malaysia sentiasa menjadi perlumbaan pusingan kedua terakhir sebelum saingan penutup tirai di Valencia, Sepanyol.
Berikut adalah kalendar perlumbaan MotoGP 2023:
- GP Portugal – Portimao, 24-26 Mac
- GP Argentina – Termas de Rio Hondo, 31 Mac-2 April
- GP Americas – Circuit of the Americas, 14-16 April
- GP Sepanyol – Jerez, 28-30 April
- GP Perancis – Le Mans, 12-14 Mei
- GP Itali – Mugello, 9-11 Jun
- GP Jerman – Sachsenring, 16-18 Jun
- GP Belanda – Assen, 23-25 Jun
- GP Kazakhstan GP – Sokol, 7-9 Julai
- GP British – Silverstone, 4-6 Ogos
- GP Austria – Red Bull Ring, 18-20 Ogos
- GP Catalan – Barcelona, 1-3 September
- GP San Marino – Misano, 8-10 September
- GP India – Buddh, 22-24 September
- GP Jepun – Motegi, 29 Sept-1 Oktober
- GP Indonesia – Mandalika, 13-15 Oktober
- GP Australia – Phillip Island, 20-22 Oktober
- GP Thailand – Chang, 27-29 Oktober
- GP MALAYSIA – SEPANG, 10-12 NOVEMBER
- GP Qatar – Losail, 17-19 November
- GP Valencia – Ricardo Tormo, 24-26 November
Sesi ujian rasmi
- Sepang ‘Shakedown’, 5-7 Februari
- Sepang, 10-12 Februari
- Portimao, 11-12 Mac
- Jerez, 1 Mei
- Misano, 11 September
Sumber imej: FB Sepang Circuit
Source: GP Malaysia 2023 pada 10-12 November, sesi ujian pada Februari!
More Stories
Hellstar Streetwear: Gear Up to Stand Out
Turkey Visa Free Countries and Process
Allison Transmission for Off-Roading: Performance Insights and Upgrades