Apa yang anda lihat di atas bukanlah jawapan Honda kepada Toyobaru GR86/BRZ tetapi ia sebenarnya visi media Jepun untuk Honda Prelude 2028. Peminat VTEC pasti tahu bahawa Prelude terkenal sebagai kereta ‘dating’ JDM dan jualannya sudah lama berakhir.
Untuk makluman anda, pada April lalu, Honda mengacah satu model sportscar dalam 30 model EV yang mereka pelan untuk lancar menjelang tahun 2027. Apapun, masih terlalu awal untuk bercakap apa-apa mengenai Prelude generasi baru.
Walau bagaimanapun, Honda memanggilnya sebagai model ‘speciality’, manakala sumber dari BestCarWeb memaklumkan ia sebagai “model pewaris Prelude”. Menurut mereka, visi Prelude EV yang mereka dedahkan ini agak lain daripada Sports EV Concept tetapi itu dipamerkan pada tahun 2017, bukannya 2022.
Untuk pengetahuan anda, lakaran BestCarWeb mengenai Prelude serba baharu nampak lebih kurang sama dengan GR86/BRZ dan kalau benarlah perkara ini, ia bukan kali pertama Honda mengambil inspirasi dari Toyota.
Kalau anda ingat lagi, Honda Insight generasi kedua juga nampak lebih kurang sama dengan Toyota Prius generasi ketiga tetapi ia masih sebuah lakaran berdasarkan spekulasi.
Apapun, trenkuasa yang bakal digunakan nanti sudah pastinya bukan VTEC seperti Prelude terdahulu kerana teknologi sekarang sudah beralih kepada EV.
Juga baca: Kereta Honda bertukar elektrik sepenuhnya menjelang 2040, VTEC & Type R jadi sejarah
Source: Gosip: Honda Prelude akan kembali pada 2028 sebagai sportscar EV, mirip GR86/BRZ?
More Stories
Hellstar Streetwear: Gear Up to Stand Out
Turkey Visa Free Countries and Process
Allison Transmission for Off-Roading: Performance Insights and Upgrades