Goodyear di Malaysia nampaknya mengakhiri tahun ini dengan penawaran model baharu dalam barisan tayar Assurance mereka melalui model Assurance ComfortTred yang mana ia disasarkan untuk kenderaan penumpang berkategori premium.
Untuk makluman anda, keutamaan model ini adalah mutu pemanduan yang lebih senyap dan selesa. Antara aspek yang diterapkan bagi mencapai kualiti yang senyap sebegini adalah melalui ANX Technology. Secara amnya, struktur dan kompaun canggih pada tayar Goodyear ini pula mempunyai tambahan lapisan penebat bunyi dan gegaran. Paten blok yang tertutup juga mengurangkan bunyi udara, manakala bilangan tapak kecil yang banyak berfungsi mengurangkan lagi tekanan impak, sekaligus merendahkan kadar bunyi.
Juga baca: Trend rim besar dan tayar nipis – punca kereta masa kini kurang selesa?
Dalam masa yang sama, Goodyear Assurance ComfortTred juga mantap dalam memberikan cengekaman jalan basah dan jarak breknya juga lebih pendek. Secara teknikal, kompaun tapaknya menggunakan bahan silika dan resin yang banyak bagi memberikan lebih cengkaman dan kawalan terhadap permukaan jalan.
Untuk anda yang berminat, Goodyear Assurance ComfortTred di Malaysia datang dengan 12 saiz dan harganya ditawarkan antara RM 420 – RM 850/biji.
Juga baca: “Tayar murah” membunuh, mengapa tayar bagus harganya lebih mahal?
Saiz tayar Goodyear Assurance ComfortTred | ||||
---|---|---|---|---|
Rim | Saiz tayar | Indeks beban (load index) | Kadar kelajuan (speed rating) | SL/XL |
16 | 215/55R16 | 97 | W | XL |
16 | 215/60R16 | 95 | W | SL |
17 | 215/50R17 | 95 | W | XL |
17 | 215/55R17 | 98 | W | XL |
17 | 225/45R17 | 94 | Y | XL |
17 | 225/50R17 | 98 | Y | XL |
17 | 225/55R17 | 97 | Y | SL |
17 | 245/45R17 | 99 | Y | XL |
18 | 225/45R18 | 95 | W | XL |
18 | 235/45R18 | 98 | W | XL |
18 | 245/45R18 | 100 | W | XL |
19 | 245/45R19 | 102 | W | XL |
Tayar baharu ini sudah boleh didapati di Goodyear Autocare dan stor yang sah. Menariknya, 200 pelanggan pertama yang menukar satu set akan menerima headset JBL Headphone.
Sekiranya anda hendak menukar satu set, ikuti langkah mudah di bawah untuk tersenarai:
- Beli 4 tayar Assurance ComfortTred
- Daftar tayar anda dalam Worry Free Assurance Warranty (WFA)
- WhatsAppkan maklumat peribadi dan buat tangkapan skrin untuk resit dan WFA pada nombor Goodyear Malaysia di +6012-998 8410
- Jadi 200 pelanggan terawal dan terima hadiah JBL Headphone
Source: Goodyear memperkembangkan tayar Assurance dengan model ComfortTred, sasar kereta premium
More Stories
Hellstar Streetwear: Gear Up to Stand Out
Turkey Visa Free Countries and Process
Allison Transmission for Off-Roading: Performance Insights and Upgrades