Honda E merupakan antara kereta paling comel yang ada dalam pasaran. EV ini dijual di Malaysia secara import recond dan ia dibawa masuk dari United Kingdom dengan harga serendah RM 208,000. Tanpa melengahkan masa, inilah 27 gambar untuk tatapan anda yang menunjukkan betapa comelnya hatchback berkuasa elektrik ini.
Di Malaysia, kereta ini dijual oleh Weststar dan unit yang anda lihat ini dipasang pada tahun 2022 dengan perbatuan mencecah 14,300 km.
Pada bahagian luar, reka bentuknya cukup retro tapi nampak sangat futuristik. Antara elemen menarik yang dapat dilihat adalah lampu depan dan belakang yang berbentuk bulat, sama seperti kereta-kereta zaman dahulu.
Port mengecasnya pula terletak di tengah-tengah pada bahagian depan.
Menariknya, tombol membuka pintunya dilihat seolah-olah tersebunyi. Malah, cermin sisinya juga diganti dengan kamera, semuanya untuk meningkatkan kadar aerodinamik.
Dari segi dimensi, Honda E boleh dikatakan lebih kurang sama dengan Perodua Myvi:
Honda E vs Perodua Myvi | ||
---|---|---|
Honda E | Perodua Myvi | |
Panjang (mm) | 3,894 | 3,895 |
Lebar (mm) | 1,752 | 1,735 |
Tinggi (mm) | 1,512 | 1,515 |
Jarak roda (mm) | 2,530 | 2,500 |
Masuk sahaja ke bahagian dalam, anda akan disambut dengan lambakan skrin yang mendominasi seluruh papan pemukanya. Untuk makluman anda, yang terletak paling tepi adalah skrin cermin sisi. Yang di tengah pula adalah skrin infotainment dan multimedia yang berukuran 12.3 inci. Kemudian yang di depan roda stereng adalah kluster instrumen bersaiz 8 inci.
Kalau anda perasan, roda sterengnya juga nampak unik yang mana ia hanya ada bilah pada bahagian tepi. Betul-betul retro kan?
Melengkapi bahagian dalam pada Honda E adalah trim kayu cantik yang turut diterapkan pada bahagian konsol tengah. Selain daripada itu, bahagian kabinnya menggunakan bahan plastik keras dan fabrik.
Unit yang Weststar jual ini juga lengkap dengan bumbung suria panoramik dan cermin belakang jenis peribadi (cermin gelap).
Antara ciri yang ada termasuklah Honda Connect dengan sistem navigasi Garmin dan Apple CarPlay/Android Auto.
Beralih kepada keselamatan, terdapat ciri Lane Departure Warning, Lane Keep Assist, Blind Spot Information, kamera undur, kamera virtual, dan Side Camera Mirror yang kami ceritakan tadi.
Dari segi trenkuasa, Honda E varian Advance ini datang dengan motor belakang yang menghasilkan 154 PS dan 315 Nm.
Secara amnya, pengecasan AC menyokong sehingga 22 kW dan ia mengambil masa 4.1 jam untuk penuh. Jenis DC pula boleh membuat pengecasan sehingga 80% dalam masa 30 minit sahaja.
Dari segi teknikal, Honda E dikuasakan oleh bateri ion-litium berkapasiti 35.5 kWj. Menurut Honda, ia boleh dipandu sejauh 211 km (kitaran WLTP).
Jadi, bagi anda yang berminat, Honda E boleh dilihat di pengedar Weststar di Jalan Tun Razak.
Juga baca: 5 perkara tentang Honda e, apa yang anda dapat untuk RM 210k?
Source: Galeri: EV Honda E yang dijual di Malaysia, RM 208k, ini 27 gambar yang boleh buat anda cair!
More Stories
Billionaire Studios Clothing: The Intersection of Luxury and Streetwear
The Essentials Hoodie: The Perfect Blend of Comfort and Design
Expert Guidance: Benefits of Consulting a Psychiatrist For Anxiety Disorders