Seniwati veteren Fauziah Nawi, 69, akhirnya telah menerima kunci Mitsubishi Xpander baharu yang dimenanginya selepas dianugerahkan Tokoh Seri Angkasa dalam Anugerah Seri Angkasa 2022 (ASA2022).
Majlis penyerahan Mitsubishi Xpander kepada Tokoh Seri Angkasa 2022, Puan Hajjah Fauziah Nawi telah diadakan secara sederhana di Mitsubishi Motors – EON Auto Mart Ampang.
“Saya sangat bersyukur kerana memang langsung tidak terfikir untuk mendapat kereta. Sebab sepanjang 50 tahun bergelar pelakon saya tidak pernah membawa pulang anugerah pelakon terbaik,” ujarnya.
“Sebelum menerima hadiah kejutan kereta pada ASA2022, saya mencuba nasib menyertai cabutan bertuah dengan membeli barang berharga RM30, tetapi tiada rezeki ketika itu.
“Sebab saya memang ingin kereta sendiri, tetapi dengan usia yang lanjut sukar untuk saya membuat pinjaman bank. Ini rezeki Allah yang cukup besar buat saya,” tambahnya lagi.
Seniwati itu dilaporkan tidak mempunyai kenderaan sendiri apabila kenderaan terakhirnya iaitu sebuah Proton Waja terbakar akibat masalah fius. Sejak itu, Fauziah benar-benar mengidamkan sebuah kenderaan untuk menjalani tugas harian.
“Seronok sangat, tidak tahu saya hendak kata apa lagi selain syukur dan terima kasih. Rakan-rakan seangkatan dan jiran-jiran juga tumpang seronok. Mereka semua tertanya-tanya bilakah saya akan dapat bawa balik kereta ini,” balas Fauziah Nawi.
Dalam pada itu, Ketua Komunikasi Strategik DRB-HICOM, Mahmood Razak Bahman menjelaskan, pihaknya bersyukur dan berbesar hati apabila dapat terlibat dalam anugerah berprestij seperti ASA2022.
“Ketika mendengar cerita Ibu Fauziah di atas pentas tentang ketiadaan kenderaan dengan penuh emosi, saya sendiri berasa sebak.
“Saya dan kakitangan yang hadir pada majlis tersebut merasakan hadiah kami cukup bermakna kerana menyediakan sebuah kereta yang amat diperlukan ibu Fauziah.
“Sebagai antara konglomerat terbesar, DRB-HICOM melalui anak syarikat, Edaran Otomobil Nasional Berhad (EON) gembira dapat memainkan peranan kecil membantu dan menyokong industri kreatif tempatan,” ujar Mahmood. Sumber: Kosmo!, Mitsubishi Motors – EON Auto Mart Ampang
More Stories
Hellstar Streetwear: Gear Up to Stand Out
Turkey Visa Free Countries and Process
Allison Transmission for Off-Roading: Performance Insights and Upgrades