Perlumbaan yang diberi julukan ‘paling panas’, Perlumbaan Lasak Sepang 1,000KM (S1K) 2022 kembali ke Litar Antarabangsa Sepang (SIC) bermula esok, 18 dan 20 November ini yang membariskan 77 jentera bagi merebut kejuaraan.
Jumlah 77 jentera yang bersaing juga adalah penyertaan maksimum untuk perlumbaan berkenaan yang memasuki edisi ke-14 tahun ini.
Selepas dianjurkan secara ‘tertutup’ susulan sekatan akibat pandemik Covid-19, SIC dalam kenyataan memaklumkan edisi kali ini menyaksikan penyertaan tertinggi sejak 2019 dan turut membariskan pelumba dari Singapura dan Indonesia.
Dua kelas perlumbaan dipertandingkan iaitu ‘M Production’ dan ‘S Production’ bagi kereta keluaran bawah 1600 cc.
Untuk edisi kali ini dan sempena Pilihan Raya Umum Malaysia ke-15 pada Sabtu, sesi latihan bebas akan diadakan pada Khamis manakala sesi kelayakan pada Jumaat.
Perlumbaan akan bermula pada Ahad dari 9.30 pagi dan berakhir pada 6.30 petang.
Pada tahun lalu, pasukan Privateer diketuai Leona Chin dan rakan sepasukan, Mohd Nasri Md Said, Tham Yik Choon dan Akina Teo meraih juara M Production manakala kategori S Production dimenangi Lai Wee Sing dan Calvin Damian Wong daripada pasukan R Engineering.
Apa yang menarik, kepada yang berminat untuk menonton perlumbaan berkenaan, kemasukan ke grandstand adalah percuma namun untuk yang ‘berpoket tebal’, tiket masuk ke paddock dijual pada harga RM 106.
Source: Edisi ke-14 S1K 2022 hujung minggu ini himpun 77 jentera, masuk percuma, jom!
More Stories
Hellstar Streetwear: Gear Up to Stand Out
Turkey Visa Free Countries and Process
Allison Transmission for Off-Roading: Performance Insights and Upgrades