Pendakwah terkemuka, Ustaz Ebit Lew sememangnya terkenal sebagai dermawan dan cerita terbaharu, sosok yang turut bergelar ahli perniagaan itu menghadiahkan seorang ibu tunggal sebuah motosikal Yamaha Y15ZR atau YSuku.
Seperti biasa, hadiah itu bukan diberikan tanpa sebab namun dengan niat membantu golongan yang memerlukan.
Memetik hantaran di laman sosial medianya, Ebit Lew berkata dia terjumpa seorang wanita dikenali sebagai Emy yang bekerja sebagai penghantar makalan dengan berjalan kaki dikenali sebagai Foodpanda Walker.
Selain berkerja sebagai penghantar tanpa kenderaan, Emy yang berusia 23 tahun dan mempunyai seorang anak kecil juga bekerja sebagai pembantu sambilan di sebuah restoran di kawasan Kerinchi, Lembah Pantai.
Menurut penceramah itu lagi, Emy sudah berpisah dengan suaminya dan sememangnya sedang menyimpan duit untuk membeli motosikal bagi memudahkan urusannya.
“Terharu tengok adik ni muda lagi cari rezeki berjalan sana sini. Ujian adik sabarlah. Di usia muda dengan ujian begini. InsyaAllah disebalik ujian dan kesusahan kerana Allah sayang kita.
“Katanya dah lama ingin jumpa ustaz. Hari-hari tengok ustaz suka tolong orang. Tiba-tiba Allah jumpakan di sini. Beri saya hadiah begini. Saya memang tengah kumpul duit nak cari rezeki beli motor. Semoga Allah jaga adik jadi wanita yang solehah dan anak menjadi anak yang baik dan hebat.”
Melihat di ruangan komen, rata-rata memuji tindakan Ebit Lew yang bertindak pantas membantu namun ada yang turut mempersoalkan mengapa motosikal yang dihadiahkan adalah YSuku yang mempunyai klac manual dan bukannya skuter atau model yang tidak perlu menekan tuil klac.
Juga baca: Dibadai ujian berat, Ustaz Ebit Lew hadiahkan Modenas Kriss kepada dua beradik
Juga baca: Ebit Lew kembali rancak sumbang kereta, motosikal pada orang kurang bernasib baik
Source: Ebit Lew hadiahkan ‘YSuku’ kepada ibu tunggal, tak perlu lagi jadi Foodpanda ‘Walker’!
More Stories
Billionaire Studios Clothing: The Intersection of Luxury and Streetwear
The Essentials Hoodie: The Perfect Blend of Comfort and Design
Expert Guidance: Benefits of Consulting a Psychiatrist For Anxiety Disorders