Ducati Indonesia membawa masuk penawaran terbaharu jenama Itali dalam segmen ‘Adventure’, Ducati DesertX (2023) ke pasaran negara berkenaan, baru-baru ini dan dijual pada harga asas boleh meremangkan bulu roma Rp 575 juta (RM 167,306).
Kehadiran Ducati DesertX (2023) di pasaran Indonesia mengikuti pelancaran model berkenaan di pasaran Thailand, bulan lalu. Tetapi menariknya, harga jualan di Thailand seperti diumumkan Ducati Thailand adalah THB 639,000 (RM 80,703).
Menurut Ketua Operasi Ducati Indonesia, Eja Donalsha memetik laporan rakan media kami, Autofun.co.id, sebelum dilancarkan, kemampuan Ducati DesertX yang berada dalam segmen premium sudah pun diuji dengan di kawasan lasak terkenal Bromo di Jawa Timur.
Untuk meningkatkan populariti Ducati DesertX, Ducati Indonesia turut melantik legenda penjelajahan negara itu, Youk Tanzil sebagai duta.
Sebagai info, Ducati memperkenalkan Ducati DesertX di acara berprestij Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2021 dan menjadi salah satu model paling dinantikan di pasaran, termasuk Malaysia.
Juga baca: Ducati Multistrada V4, V4 S 2021 kini di Malaysia, harga menarik bermula RM 136k!
Diberi julukan sebagai ‘Dirtiest Ducati’, DesertX sememangnya layak mendapat gelaran berkenaan berikutan kemampuannya meredah laluan lasak tulen.
Malah menurut Ducati, DesertX sememangnya dibangunkan untuk menjadi jentera yang fokus terhadap prestasi di laluan lasak dan mencabar yang menyaksikan rekaan serta perwatakannya cukup berbeza dengan satu lagi model ‘Adventure touring’ jenama itu, Ducati Multistrada.
Ia berikutan rekaan panel badannya yang agak langsing namun paling menarik pastinya rekaan lampu depan berbentuk bulat yang unik, rekaan yang diinspirasi daripada model Cagiva Elefant yang pernah bersaing di perlumbaan Rali Paris-Dakar di era 80-an dan 90-an.
Mengulas bahagian trenkuasa, Ducati DesertX dikuasakan enjin bersesaran 937 cc (Testastretta 11°, L-Twin), 2 Silinder, 4 Injap Per Silinder, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api yang digandingkan dengan transmisi 6 kelajuan klac manual.
Kuasa yang dihamburkan adalah di angka 111.5 PS pada 9,250 rpm dengan tork 92 Nm pada 6,500 rpm.
Seperti jentera aras tinggi moden baharu Ducati, DesertX memiliki sistem canggih ‘Ride-by-wire’ dan dibantu Bosch IMU (Inertial Measurement Unit). Ia memiliki enam mod tunggangan iaitu Sport, Touring, Urban, Wet, Enduro dan Rally selain Mod Kuasa.
Juga baca: Dijual pada harga asas RM 65.9k, Ducati Scrambler Nightshift 2021 kini di Malaysia!
Sistem bantuan tunggangan elektronik merangkumi ‘Wheelie Control’, ‘Engine Brake Control’, ‘Cruise Control’, ‘Traction Control’, ‘Cornering ABS’ dan ‘Ducati Quick Shift’ up/down. Segala informasi dan kawalan boleh dilakukan menerusi panel instrumen TFT 5 inci berwarna yang turut memaparkan pelbagai informasi.
Sebagai jentera ‘lasak’, Ducati DesertX dipadankan dengan fork jenis terbalik (USD) 46 mm KYB boleh laras penuh dengan penyerap hentak tunggal KYM juga dengan ciri boleh laras sepenuhnya.
Sistem brek depan menggunakan cakera berkembar 320 mm dengan kaliper Brembo M50 4 Piston dengan brek cakera tunggal bersaiz 265 mm bersama kaliper Brembo 2 Piston dan lengkap dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).
Dan seperti jentera lasak tulen lain, rim jenis jejari yang digunakan bersaiz 21 inci (depan) dengan set tayar 90/90 manakala rim belakang bersaiz 18 inci dengan set tayar 150/70.
Dengan jarak lega bumi 250 mm, Ducati DesertX mempunyai ketinggian pelana 875 mm namun menurut Ducati boleh direndahkan kepada 845 mm menerusi kit aksesori merendahkan susupensi manakala berat (kurb) 223 kg.
Ciri-ciri lain termasuklah penggunaan lampu LED sepenuhnya termasuk DRL, soket pengecas USB, soket 12V, Steering Damper dan lampu signal dengan ciri batal sendiri.
Selain beraksi di laluan lasak, Ducati DesertX turut sesuai untuk tunggangan kembara kerana ia mempunyai kapasiti tangki bahan api berkapasiti 21 liter dan menariknya, ada tangki tambahan 8 liter boleh diposisikan di bahagian kanan subframe.
Tidak diketahui berapa unit tersedia untuk pasaran Indonesia namun di Thailand, hanya 20 unit motosikal ini tersedia untuk pasaran ketika dilancarkan.
Di Malaysia, belum ada sebarang perkembangan mengenai Ducati DesertX dikemukakan oleh Ducati Malaysia yang baru saja dinobatkan anugerah ‘Global Distributor Of The Year 2022’ baru-baru ini. Dan jika ada maklumat terbaharu, kami akan kongsikan.
Juga baca: Ducati Malaysia perkenal pelan pembiayaan Ducati Corse Credit, umum 6 model terbaharu!
Source: Ducati DesertX (2023) mendarat di Indonesia, harga asas RM 167k, Malaysia masih menunggu!
More Stories
Hellstar Streetwear: Gear Up to Stand Out
Turkey Visa Free Countries and Process
Allison Transmission for Off-Roading: Performance Insights and Upgrades