Sewaktu majlis pelancaran Honda Civic RS e:HEV 2022 berlangsung sebentar tadi, Presiden dan ketua Pegawai Operasi Honda Malaysia, Sarly Adle Sarkum memaklumkan bahawa syarikat itu dalam landasan betul untuk mencapai sasaran jualan 80,000 untuk tahun ini.
Kata beliau, “Sekarang, jualan telah mencapai 66,000 unit. Menjelang akhir tahun ini, kita akan mencapat sasaran tersebut”.
“Sebahagian daripadanya akan datang dari penyelesaian tempahan yang tertunggak. Beliau juga menjelaskan dengan menjawab, “Tunggakan masih ada dan kami sedang berusaha sebaik mungkin untuk mengatasi isu ini, harap-harap ia boleh diurus menjelang Mac 2023”.
Juga baca: Honda Malaysia dah hantar 1,300 unit HR-V serba baharu kepada pelanggan, tak perlu tunggu setahun?
Untuk makluman anda, Mac yang dimaksudkan beliau adalah pengakhiran tempoh pengecualian cukai jualan. Pembeli kiranya perlu mendaftar kereta mereka sebelum 31 Mac 2023 untuk menikmati potongan harga.
Di samping itu, Sarly memberitahu bahawa Honda City siri GN sekarang adalah peneraju jualan buat syarikat tersebut iaitu sekitar 30% daripada jualan keseluruhan.
Juga baca: Rebiu: Honda City Hatchback 2022 – Harga Proton X50 untuk ‘kereta kecil’, tetapi nilainya besar
Dalam masa yang sama, Honda Civic juga adalah sedan segmen C paling laku di Malaysia dengan pegangan pasaran sehingga 81%. Semenjak dilancarkan di Malaysia pada Januari lalu, hampir 7,000 unit telah terjual.
Juga baca: Honda Civic RS e:HEV 2022 – HMSB sasar jualan sebanyak 10%, tempoh menunggu 2 ke 3 bulan!
Source: Dah tempah Honda? Tak perlu tunggu lama – HMSB ‘on track’ untuk capai 80k jualan
More Stories
Hellstar Streetwear: Gear Up to Stand Out
Turkey Visa Free Countries and Process
Allison Transmission for Off-Roading: Performance Insights and Upgrades