Kementerian Pengangkutan Indonesia (Kemenhub) baru-baru ini memberitahu bahawa bilangan kenderaan elektrik (EV) di Indonesia sehingga Oktober 2022 masih jauh dari matlamat yang ditetapkan.
Menurut wakil dari pihak kementerian itu, setakat ini hanya ada 31,827 unit sahaja sedangkan sasaran mereka menjelang akhir tahun 2022 adalah sebanyak 100,000 unit EV.
Juga baca: Wuling Mini EV & E300, kereta EV harga Axia ini bakal tembus pasaran Indonesia seawal 2022!
Oleh disebabkan itu, mereka akan mula menggunakan EV pada kenderaan kerajaan. Dalam masa yang sama, Ketua Pengarah Pengangkutan Darat Indonesia juga memberitahu bahawa EV akan mula digunakan pada pengangkutan awam.
Antara matlamat yang dikejar adalah 100 buah bas elektrik di bandar Jakarta sebelum tahun 2023 berakhir.
Setakat ini, bilangan bas elektrik mereka sudah ada 30 buah. Apapun, selain Jakarta, penggunaan bas EV ini akan diterapkan ke beberapa bandar lagi seperti Bali, Bandung dan Surabaya.
Juga baca: Bas EV tanpa pemandu pertama di Indonesia kini dinikmati ramai – percuma sekitar BSD City
Sumber: Bisnis.com
Source: Bilangan EV di Indonesia untuk 2022 baru setakat 31k unit, sasaran 100k unit sukar dicapai?
More Stories
Hellstar Streetwear: Gear Up to Stand Out
Turkey Visa Free Countries and Process
Allison Transmission for Off-Roading: Performance Insights and Upgrades