Benelli Panarea 125 (2022), skuter dengan elemen klasik dan retro secara rasmi dilancarkan di pasaran Malaysia oleh pengedarnya MForce Bike Holdings Sdn. Bhd. (MForce), hari ini bersama harga menarik RM 6,888 (asas).
Dari sudut rekaan, Benelli Panarea 125 seperti dinyatakan tampil dengan rekaan bergaya klasik menerusi penggunaan lampu depan berbentuk heksagon, cermin sisi bulat yang sememangnya popular di Eropah terutama Itali.
Empat pilihan warna ditawarkan iaitu:
- Hitam
- Kuning
- Merah
- Putih
Di bahagian trenkuasa, Benelli Panarea 125 dikuasakan enjin bersesaran 124 cc, 1 Silinder, 4 Lejang, Suntikan Bahan Api, Penyejuk Udara yang digandingkan dengan transmisi automatik CVT. Kuasa yang dihamburkan adalah 8.44 Hp pada 7,500 rpm dan tork 9.2 Nm pada 6,000 rpm.
Juga baca: MForce lancar Benelli VZ125i Edisi Khas 2021, harga asas RM 5.8k!
Apa yang menarik adalah sekalipun mempunyai penghidup elektrik, Benelli Panarea 125 ini masih memiliki penghidup penendang.
Panel meter juga bergaya klasik berbentuk bujur dengan gabungan skrin LCD dan analog. Untuk meningkatkan ciri keselamatan, Benelli Panarea 125 juga menggunakan sistem kunci magnetik anti-kecurian.
Informasi penting lain adalah seperti berikut:
- Tangki bahan api 4.6 liter
- Sistem brek cakera 190 mm (depan) dan brek dram (belakang)
- Fork teleskopik (depan), penyerap hentak tunggal (belakang)
- Set roda 100/90-R12 (depan) 110/90-R12 (belakang)
Kepada yang berminat, Benelli Panarea 125 sudah pun boleh didapati cawangan pengedar premium Mforce Best Shop dan SmartShop di seluruh negara.
Harga jualan yang diumumkan RM 6,888 adalah asas dan tidak termasuk insurans dan cukai jalan.
Seperti biasa, setiap pembelian akan menikmati jaminan pengeluar selama dua tahun atau jarak perjalanan sejauh 20,000 km (mana tiba dahulu) serta perkhidmatan pembelian alat ganti dalam talian oleh MForce.
Juga baca: Benelli R18i dilancar, 174 cc, 18 Hp, harga bermula RM 7.9k!
Source: Benelli Panarea 125 (2022) tiba di pasaran Malaysia, harga asas RM 6.9k!
More Stories
Hellstar Streetwear: Gear Up to Stand Out
Turkey Visa Free Countries and Process
Allison Transmission for Off-Roading: Performance Insights and Upgrades