Honda Motors Corp mengumumkan bahawa semua model Honda yang dijual di seluruh dunia akan dilengkapi dengan Honda Sensing menjelang 2030.
Pengumuman ini juga menambah bahawa Honda Sensing akan datang bakal mempunyai fungsi pengesanan motosikal. Dalam pada itu, semua model Honda yang dijual di pasaran utama akan dilengkapi dengan Honda Sensing 360 – suite ADAS dipertingkat dengan kemampuan pemanduan autonomi Tahap 3, juga menjelang 2030.
Berdasarkan slogan “Safety for Everyone”, Honda sedang berusaha untuk mewujudkan ‘masyarakat bebas perlanggaran’ untuk semua orang yang berkongsi jalan dengan meneruskan penyelidikan dan pembangunan teknologi keselamatan dari perspektif kedua-dua perkakasan dan perisian.
Fungsi keselamatan dan bantuan pemandu Honda Sensing sudah dipasang pada 99 peratus model kereta baharu Honda yang dijual di Jepun dan AS, mencecah 86 peratus di seluruh dunia.
Jualan kumulatif kenderaan yang dilengkapi dengan Honda Sensing kini mencecah 14 juta unit.
Memandangkan Honda juga mengeluarkan motosikal, syarikat ini menganggap bahawa mereka bertanggungjawab untuk mempercepatkan pembangunan dan melancarkan fungsi pengesanan motosikal untuk ciri Honda Sensing akan datang.
Syarikat itu mensasarkan untuk mengurangkan kematian akibat perlanggaran trafik global yang melibatkan motosikal dan kereta buatan Honda sebanyak separuh menjelang 2030.
Pada masa ini, ciri asas Honda Sensing yang dipasang pada model tempatan yang dijual oleh Honda Malaysia sudah mampu mengesan kanak-kanak melintas jalan (ketinggian di atas 1 meter). Bagaimanapun ia masih tidak dapat mengesan kenderaan kecil seperti basikal atau motosikal, sekurang-kurangnya masih belum boleh dipercayai sepenuhnya.
Baca: Sistem Bantuan Pemandu (ADAS) dalam Honda Civic (Honda Sensing) adalah yang terbaik!
Source: Honda Sensing kini cecah penggunaan 86 peratus global, semua model Honda dengan ADAS menjelang 2030!
More Stories
Billionaire Studios Clothing: The Intersection of Luxury and Streetwear
The Essentials Hoodie: The Perfect Blend of Comfort and Design
Expert Guidance: Benefits of Consulting a Psychiatrist For Anxiety Disorders