PT Kawasaki Motor Indonesia (KMI) meningkatkan penawarannya dalam segmen motosikal lasak atau ‘trail’ di pasaran negara jiran itu dengan melancarkan model yang boleh dianggap unik, Kawasaki Stockman (2023).
Pelancaran itu boleh dianggap sedikit mengejutkan termasuk buat media Indonesia kerana ia adalah model yang berada dalam segmen yang agak sama dengan model seperti Kawasaki KLX dan D-Tracker.
Dari sudut rekaan, Kawasaki Stockman (2023) jelas mirip dengan versi terdahulu Kawasaki KLX230 terutama rekaaan lampunya yang besar dengan rekaan pelananya juga landai untuk lebih memudahkan penunggang.
Tetapi apa yang membezakan Kawasaki Stockman dengan model lasak/’trail’ lain berbanding model Kawasaki lain yang disebutkan adalah ia dilengkapi dengan banyak aksesori unik terutama kelengkapan rak pengangkut.
Dan paling menonjol pastinya kelengkapan rak yang diposisikan di atas bahagian lampu depan serta rak belakang yang besar dan panjang. Begitupun, kelengkapan itu membuatkan Kawasaki Stockman ini datang dengan pelana tunggal.
Selain itu, di bahagian bar handle turut dilengkapi komponen pelindung yang diperbuat daripada aluminium, ‘Skid plate’ selain ‘mudguard’ yang sememangnya besar dan panjang.
Juga baca: KMI tayang seragam Merah-Putih Kawasaki Ninja ZX-25R 2022, semarak semangat patriotik di Indonesia!
Menurut KMI, berdasarkan rekaan dan kelengkapan yang dipadankan kepada Stockman, ia sememangnya disasarkan untuk aktiviti pertanian.
Di bahagian trenkuasa, Kawasaki Stockman (2023) ini menggunakan enjin yang sama dengan Kawasaki KLX230 iaitu enjin bersesaran 233 cc, 1 Silinder, 2 Injap, 4 Lejang, Suntikan Bahan Api, Penyejuk Udara yang digandingkan dengan transmisi 6 kelajuan klac manual.
Kuasa yang dihamburkan adalah sebesar 19 PS pada 7.600 rpm dengan tork 19.8 Nm pada 6.100 rpm.
Sistem suspensi menggunakan fork teleskopik lengkap dengan pelindung (depan) dan penyerap hentak tunggal (belakang) dengan ciri pelarasan (preload). Set brek menggunakan cakera tunggal depan dan belakang.
Informasi lain adalah seperti jarak lega bumi 220 mm, ketinggian pelana 845 mm, berat 137 kg dan 7.5 liter.
Dan berikutan pelbagai kelengkapan yang diberikan, harga jualan Kawasaki Stockman (2023) ini lebih mahal daripada Kawasaki KLX230 iaitu Rp 57.5 juta (RM 16,399) asas manakala pilihan warna yang tersedia hanya satu iaitu Urban Olive Green.
Juga baca: Masih aktif, Kawasaki ZX-25R dikemaskini dan ZX-10R baharu kini rasmi di Indonesia!
Source: KMI perkenalkan Kawasaki Stockman (2023), rekaan unik aktiviti perkebunan, harga RM 16.3k!
More Stories
Billionaire Studios Clothing: The Intersection of Luxury and Streetwear
The Essentials Hoodie: The Perfect Blend of Comfort and Design
Expert Guidance: Benefits of Consulting a Psychiatrist For Anxiety Disorders