Skuter popular yang membuat ‘debut’ global di Eropah pada Oktober lalu, Yamaha XMax 300 (2023) akhirnya membuat kemunculan di pasaran Thailand dan dirasmikan oleh Yamaha Motor Thailand sempena Thailand Motor Expo 2022 yang sedang berlangsung.
Seperti diketahui, Yamaha XMax (2023) bukan saja mengalami perubahan ‘drastik’ dari sudut rekaan, namun turut dikemaskini daripada sudut teknologi yang lebih canggih.
Justeru kerana popularitinya, ia menjadi antara model paling dinanti-nantikan di rantau ini termasuk di Malaysia (XMax 250) yang turut dijangka akan tiba di pasaran dalam tempoh yang berkemungkinan tidak begitu lama saja lagi.
Dan ia bukan satu khabar angin kerana model berkenaan sudah pun berjaya diintip menjalani ujian jalan raya dan turut kami laporkan sebelum ini.
Juga baca: Yamaha XMax 250 versi terbaharu dah sampai Malaysia, diintip jalani ujian, pelancaran dah dekat?
Berbalik kepada cerita Yamaha XMax 300 (2023), tidak seperti pasaran Eropah, hanya satu varian skuter itu ditawarkan di pasaran Thailand yang dikenali sebagai Yamaha XMax Connected (2023).
Bermula dari sudut rekaan, antara perubahan paling ketara ialah bahagian depan yang menyaksikan XMax mendapat ‘muka baharu’ berbentuk ‘X’ dan tema itu berterusan di bahagian belakang. Selain itu, rekaan panel badan secara keseluruhan kekal sasa namun lebih bersegi dan ‘tajam’.
Pembaharuan lain yang cukup ketara dan dinanti-nantikan adalah di bahagian kluster meter yang serba baharu. Tidak lagi menggunakan panel meter jenis analog, Yamaha XMax Connected (2023) datang dengan penal meter jenis TFT berwarna bersaiz 4.2 inci.
Juga baca: Yamaha XMAX 250 Connected (2023) serba baharu debut di Indonesia, skrin TFT, harga RM 19.9k!
Tidak cukup dengan satu panel meter, turut tersedia adalah panel meter LCD bersaiz 3.2 inci yang mempamerkan maklumat seperti speedometer dan sebagainya.
Dan seperti namanya ‘Connected’, panel meter TFT itu turut mempunyai pelbagai fungsi dan turut boleh disambung dengan telefon pintar menerusi aplikasi Y-Connect menerusi Bluetooth. Sebagai tambahan, ia turut mempunyai sistem navigasi Garmin StreetCross.
Jika diteliti, pembaharuan turut dibuat di bahagian pelana, visor angin dan beberapa lagi perincian dengan sistem brek (cakera tunggal depan belakang lengkap ABS) turut ditala semula untuk mendapatkan prestasi lebih baik.
Di bahagian trenkuasa, Yamaha XMax 300 Connected (2023) pula digandingkan dengan enjin bersesaran 292 cc, 1 Silinder, 4 Lejang, 4 Injap, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api, SOHC dengan sistem transmisi automatik.
Kuasa yang dihasilkan adalah 27.6 Hp pada 8,000 rpm dan tork 29 Nm pada 6,000 rpm.
Seperti Yamaha XMax 300 sebelum ini, ciri-ciri menarik termasuk Sistem Kawalan Traksi, Sistem Lampu LED penuh, storan bawah pelana yang boleh memuatkan 2 helmet, Sistem Kunci Pintar, Visor angin dan bar hendal boleh laras turut dikekalkan.
Selain itu, informasi lain adalah seperti soket pengecas DC 12V, tangki bahan api 13 liter dan set roda bersaiz 120/70-15 (depan) dan 140/70-14 (belakang).
Di pasaran Thailand, Yamaha XMax Connected (2023) tiba dalam 5 pilihan warna iaitu:
- Dark Petrol
- Ruby-Red
- Gray Ice Fluo
- Midnight Black
- Icon Blue
Harga jualan yang ditetapkan adalah 189,900 baht (RM 23,903) dan sudah pun boleh ditempah sempena Thailand Motor Expo 2022 dengan penghantaran dijadualkan pada Januari tahun depan.
Source: Yamaha XMax Connected (2023) debut di Thailand, varian tunggal, harga RM 23.9k!
More Stories
Billionaire Studios Clothing: The Intersection of Luxury and Streetwear
The Essentials Hoodie: The Perfect Blend of Comfort and Design
Expert Guidance: Benefits of Consulting a Psychiatrist For Anxiety Disorders