Salah satu pilihan penggemar motosikal gaya ‘kruiser’ atau ‘Bobber’ aras tengah di Malaysia adalah Honda Rebel 500 dan motosikal itu diberikan kemas kini oleh Boon Siew Honda (BSH) pada penghujung tahun lalu untuk versi 2022.
Perkembangan terkini, Honda Motor Jepun melancarkan versi 2023 Honda Rebel 500 untuk pasaran negara Matahari Terbit itu, baru-baru ini dan dijadual berada di pasaran bermula Januari tahun depan.
Seperti dijangka, tiada perubahan dari sudut rekaan dijalankan oleh Honda terhadap Rebel 500 (2023) namun ia diberikan ‘kesegaran’ menerusi pilihan warna baharu.
Dua pilihan warna baharu ditawarkan itu adalah:
- Matte Jeans Blue Metallic
- Pearl Deep Mud Gray
Selain pilihan warna yang katanya lebih elegan dan menarik, kemas kini turut dilakukan di bahagian trenkuasa dengan enjin turut ditala semula bagi memenuhi piawaian emisi.
Juga baca: Honda Rebel 1100 – Gaya retro dengan 3 mod pemanduan, DCT dan Cruise Control!
Kekal dengan enjin bersesaran 471 cc, 2 Silinder Parallel Twin, 8 Injap, 4 Lejang, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api PGM-Fi, DOHC yang digandingkan dengan transmisi 6 kelajuan klac manual lengkap Assist & Slipper.
Begitupun, ada sedikit perubahan dari sudut angka tork. Sekalipun kuasanya kekal 46 PS pada 8,500 rpm, tork maksimum 43 Nm kini berada pada 6,000 rpm. Versi terdahulu adalah 6,500 rpm. Apa yang menarik, kemas kini itu sudah pun dibuat terhadap Honda Rebel versi di pasaran tempatan.
Turut berubah adalah harga jualannya yang meningkat kepada 836,000 yen (RM 27,253). Sebelum ini, Honda Rebel 500 (2022) dijual pada harga 799,700 yen (RM 26,063).
Di bahagian suspensi, fork yang digunakan adalah teleskopik konvensional 41 mm dan penyerap hentak berkembar (belakang). Sistem brek menggunakan cakera tunggal (depan dan belakang) lengkap dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).
Set roda yang digunakan adalah bersaiz 130/90-16 (depan) dan 150/80-16 (belakang) dan sebagai motosikal dalam segmen Kruiser, Honda Rebel 500 memiliki ketinggian pelana yang santai iaitu 690 mm berserta berat 191 kg.
Ciri-ciri menarik lain adalah seperti penggunaan lampu LED penuh, panel meter digital berbentuk bulat.
Di pasaran Malaysia, Honda Rebel 500 (2022) ketika dilancarkan dijual pada harga asas RM 32,800 oleh BSH.
Juga baca: BSH kemas kini penawaran Honda Gold Wing, Rebel 2022, apa yang menarik?
Source: Honda Rebel 500 (2023) diperkenalkan di Jepun, warna baharu, trenkuasa dikemaskini, harga RM 27.2k!
More Stories
Billionaire Studios Clothing: The Intersection of Luxury and Streetwear
The Essentials Hoodie: The Perfect Blend of Comfort and Design
Expert Guidance: Benefits of Consulting a Psychiatrist For Anxiety Disorders