Sejak Datuk Seri Anwar Ibrahim diangkat sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 baru-baru ini, sifat bersederhana beliau hangat diperkatakan di laman-laman berita dan media sosial. Salah satu daripadanya adalah keputusan beliau untuk menolak penggunaan kereta baharu Mercedes S600 bagi mengurangkan perbelanjaan negara.
Keputusan ini menerima sorakan ramai dan ia dianggap satu langkah bijak yang patut dipuji. Ada yang bertanya, adakah langkah ini satu perkara yang baru dalam pentadbiran tertinggi negara? Bekas Pengarah Media dan Komunikasi Strategik beliau, Datuk Ruhaidini Abd Kadir, baru-baru ini mendedahkan tentang bagaimana perkara lebih kurang sama pernah dilakukan oleh pentadbiran terdahulu.
Menurut perkongsiannya di Facebook, keputusan Anwar Ibrahim menolak untuk menggunakan kenderaan rasmi (import) yang baharu bukan perkara luar biasa. Katanya, Ismail Sabri juga pernah menolak untuk menggunakan kenderaan kalis peluru yang disediakan kerajaan untuk beliau.
“Sepanjang bergelar Perdana Menteri, Ismail Sabri lebih selesa menggunakan kenderaan jenis MPV yang telah digunakan oleh pentadbiran terdahulu. Bahkan, Ismail Sabri juga enggan meluluskan permohonan untuk mengubahsuai pesawat khas (Perdana 1) bagi kegunaan rasmi Perdana Menteri,” kongsinya lagi.
Selain itu, Perdana Menteri ke-9 itu juga dikatakan memilih untuk terus tinggal di rumah peribadi dan tidak berpindah ke Seri Perdana meskipun kediaman rasmi Perdana Menteri itu telah indah diubahsuai.
Saya ingin memaklumkan bahawa semalam saya telah menolak untuk menggunakan sebuah kenderaan jenis Mercedes S600 yang telah dibeli dan diperoleh Jabatan Perdana Menteri (JPM) sebelum saya memasuki pejabat.#DemiPertiwi pic.twitter.com/aifWWUUuAH
— Anwar Ibrahim (@anwaribrahim) November 27, 2022
Menurut tinjauan Wapcar.my di media sosial, Ismail Sabri sering dilihat dengan MPV popular di kalangan para menteri, Toyota Alphard, dan juga sebuah sedan mewah, Audi A8.
Juga baca: MoF: Kerajaan mahu kereta rasmi Toyota Vellfire kerana ia lebih selamat dan selesa
Anwar Ibrahim dalam satu ciapan di Twitter pada Ahad memaklumkan bahawa beliau telah menolak untuk menggunakan Mercedes S600 yang telah dibeli dan diperoleh Jabatan Perdana Menteri (JPM) sebelum beliau memasuki pejabat. Beliau akan menggunakan apa saja kenderaan sedia ada di pejabat untuk kegunaan harian.
Juga baca: (Video) YB Nurul Izzah pandu Proton X70, nampak ayu dengan #BatikMalaysia
Source: Anwar tolak Mercedes S600 “bukan perkara luar biasa”, Ismail Sabri pun guna kereta lama?
More Stories
Billionaire Studios Clothing: The Intersection of Luxury and Streetwear
The Essentials Hoodie: The Perfect Blend of Comfort and Design
Expert Guidance: Benefits of Consulting a Psychiatrist For Anxiety Disorders