Dengan musim tengkujuh atau ribut banjir yang melanda Malaysia sekarang, para pengguna kereta pasti mahukan penglihatan yang terbaik kerana hujan yang lebat adalah musuh terbesar. Kalau bunga tayar mencengkam tetapi dekat luar tak nampak apa pun tak guna kan?
Di sinilah pengelap cermin (wiper) memainkan peranan. Dalam pasaran, terdapat pengelap jenis konvensional dan yang lebih canggih adalah jenis hibrid dan tanpa bingkai (frameless). Jadi untuk jenis moden, mana lebih elok?
Sebelum itu, mari kami rungkaikan kelebihan dan kekurangan mengenai pengelap cermin jenis konvensional terlebih dahulu.
Pengelap cermin konvensional
Dari segi bahan, asasnya mengunakan besi dan rangkanya yang membahagi tekanan secara seimbang boleh memberikan sapuan yang cukup rata. Harga pengelap cermin konvensional juga mampu milik.
Kelemahannya pula adalah kerana bahan asasnya besi, ia berpotensi untuk karat. Bercakap mengenai besi, seandainya getah pengelap cermin konvensional sudah terkikis atau haus, besi tersebut akan bersentuhan dengan cermin, sekaligus boleh mengakibatkan calar.
Pengelap cermin tanpa bingkai
Di sinilah inovasi berlaku yang mana bahan asasnya adalah getah dan plastik. Kelebihan menggunakan bahan ini adalah ia memberikan lenturan yang fleksibel. Jadi, cermin lekuk macam mana pun getahnya akan lekat. Dengan menggunakan asas plastik dan getah juga, karat tidak akan terjadi.
Tetapi kelemahannya pula adalah tekanan sapuannya tidak begitu rata dan cangkuknya hanya di tengah kerana tiada rangka. Jadi, tekanan di bahagian tengah sahaja yang kuat. Tekanan di hujung pengelap pula sedikit kurang.
Pengelap cermin hibrid
Kemudian, terciptalah teknologi pengelap cermin jenis hibrid yang mana ia menggabungkan teknologi konvensional dan tanpa bingkai. Bahan asasnya adalah plastik supaya tidak karat tetapi dengan penambahan rangka di mana ia berfungsi memberi tekanan yang rata sepanjang getah pengelap cermin. Jadi, sapuan hujan akan jadi menyeluruh. Satu lagi kelebihannya adalah penggunaan getah pengelap jenis silikon yang mana ia memberikan sapuan yang lebih bersih. Dalam masa yang sama, jangka hayat getah silikon juga lebih lama dan tidak mudah haus dek matahari.
Namun dengan pengelap cermin hibrid yang ada banyak kelebihan, harga di pasaran juga paling tinggi berbanding pengelap cermin konvensional dan tanpa bingkai. Jadi, buatlah pilihan sebaik-baiknya mengikut bajet yang anda ada.
Sumber: AutoFun ID
Source: Pengelap cermin kereta moden untuk hujan lebat; hibrid vs frameless, mana PALING bagus?
More Stories
Billionaire Studios Clothing: The Intersection of Luxury and Streetwear
The Essentials Hoodie: The Perfect Blend of Comfort and Design
Expert Guidance: Benefits of Consulting a Psychiatrist For Anxiety Disorders