Sekatan jalan raya (SJR) yang mula dilancarkan pada Selasa (22 November) adalah lebih kepada inisiatif pencegahan jenayah dan masyarakat disarankan untuk kekal tenang tanpa memandang berat pada spekulasi ancaman kekecohan pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS) Asisten Komisioner Raub Selamat berkata SJR yang dilaksanakan pihaknya bertujuan untuk mencegah jenayah dan menunjukkan kesiapsiagaan pihak polis dalam menghadapi apa jua bentuk ancaman, lapor Harian Metro.
Ini adalah selaras dengan arahan Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani bin Haji Abdullah Sani yang dikeluarkan beberapa hari lalu untuk tujuan kesiapsiagaan omnipresence oleh Polis DiRaja Malaysia (PDRM).
Selain itu, Raub juga menasihati orang ramai supaya tidak bimbang dengan kesesakan lalu lintas disebabkan SJR kerana operasinya lebih tertumpu kepada waktu malam dan tidak menganggu waktu puncak.
“Setakat ini, kami tidak menerima keluhan daripada orang awam bahawa SJR ini menyusahkan mereka kerana SJR ini dibuat pada waktu malam sehingga 6.00 pagi,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Menurutnya, SJR dilaksanakan pasukannya di Jalan Skudai – Pantai Lido, Lebuhraya Iskandar dan juga di sekitar Taman Daya – Taman Setia Indah, JB. Tiada sebarang tangkapan direkodkan selama dua hari beroperasi.
Juga baca: PDRM adakan ‘roadblock’ di seluruh Malaysia, pantau keamanan awam pasca PRU15
Source: Tenang, SJR untuk cegah jenayah, bukan untuk ‘kekecohan’ PRU15 semata-mata – Polis
More Stories
Billionaire Studios Clothing: The Intersection of Luxury and Streetwear
The Essentials Hoodie: The Perfect Blend of Comfort and Design
Expert Guidance: Benefits of Consulting a Psychiatrist For Anxiety Disorders