Perlumbaan motosikal di malam hari sinonim dikaitkan dengan aktiviti lumba haram tetapi itulah kelainan yang ingin ditonjolkan penganjur Braaap 2 Hours Endurance 2022 yang dijadual berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) bulan depan.
Tidak seperti perlumbaan motosikal tipikal lain, acara yang dijadualkan berlangsung pada 11 Disember 2022 ini uniknya akan berjalan pada waktu malam. Malah, ia juga merupakan perlumbaan malam pertama di SIC yang membabitkan jentera berkuasa 150 ke 400 cc.
Sejumlah 44 pasukan mengesahkan penyertaan setakat ini yang membabitkan dua jenis motosikal iaitu kapcai dan sportbike dengan kapasiti enjin 150 cc hingga 400 cc.
Sebagai tujuan memberi saingan kepada pelumba tempatan dan mempromosikan sukan permotoran Malaysia ke peringkat antarabangsa, penganjur turut menjemput beberapa pelumba luar antaranya dari Thailand, Indonesia, Filipina dan Taiwan.
Perincian acara adalah seperti berikut:
Enam kategori perlumbaan masing-masing 3 daripada kelas Endurance 2 Jam dan Lap Sprint.
Endurance
- Kelas MP150 (Kapcai 150cc 4-lejang)
- Kelas MP150 Elite (Kapcai 150cc 4-lejang)
- Kelas SB150 (Sportbike 150cc 4-lejang)
- Dibuka kepada pelumba profesional dan amatur
- Gandingan dua pelumba menunggang satu jentera secara bergilir-gilir untuk mencatat bilangan lap terbanyak dalam tempoh 2 jam
Sprint
- Kelas SB250 (Sportbike 250 cc)
- Kelas SB250 Elite (Sportbike 250 cc)
- Kelas B400 (Sportbike 400 cc)
- Dibuka kepada pelumba amatur sahaja
- Saingan individu membabitkan sebanyak 8 pusingan
Pengkelasan pelumba adalah seperti berikut:
Pelumba amatur:
- Ada lesen perlumbaan sah dikeluarkan Persatuan Pemotoran Malaysia (MAM)
Pelumba professional:
- Ada lesen perlumbaan sah dikeluarkan Persatuan Pemotoran Malaysia (MAM)
- Pernah sertai kategori perdana Kejohanan Cub Prix Malaysia, Malaysian Superbike Championship dan kejohanan antarabangsa seperti MotoGP, Asia Road Racing Championship, kejuaraan remaja antarabangsa CEV, FIM Asia Supermoto dan kejuaraan lain.
Seperti kebanyakan perlumbaan lain, Braaap 2 Hours Endurance turut menawarkan ‘habuan’ berupa trofi, produk dan wang tunai untuk tiga pemenang utama setiap kategori.
Source: Nak layan lumba motosikal tengah malam tapi ‘halal’, jom tengok Braaap 2 Hours Endurance di Sepang!
More Stories
Billionaire Studios Clothing: The Intersection of Luxury and Streetwear
The Essentials Hoodie: The Perfect Blend of Comfort and Design
Expert Guidance: Benefits of Consulting a Psychiatrist For Anxiety Disorders