Apa barang monorel? Melaka akan bina tren Maglev sepanjang 22 km bernilai RM 900 juta!

Rotem Urban Maglev

Di samping pengumuman untuk membina taman tema Disneyland di Melaka yang menggemparkan negara, Exco Pelancongan, Warisan, dan Kebudayaan negeri Melaka, Jailani Khamis turut mengesahkan pembinaan tren keretapi Maglev untuk negeri bersejarah tersebut.

Berdasarkan pengumuman rasmi, negeri Melaka akan memperuntukkan tanah seluas 80.9 hektar di Jasin, khusus untuk pembangunan Disneyland dan Disney City baharu.

Kerajaan negeri Melaka juga merancang untuk membangunkan tren Maglev yang akan menghubungkan Disneyland dan Disney City dengan kawasan tumpuan pelancong lain dalam negeri, meliputi sekurang-kurangnya 22km. Pelaburan sebanyak RM900 juta telah diumumkan untuk tren Maglev sahaja.

Secara keseluruhan, projek pembinaan taman tema, bandar dan mod pengangkutan awam itu dijangka menelan belanja RM2 bilion.

Memorandum Persefahaman telah dipersetujui yang melibatkan beberapa syarikat termasuk Taming Sari Berhad, Institusi Perbankan (Exim Credit Dubai Zurich Capital Bank & Sparco Bank UK) dan Korea Camping Caravanning Federation A Divisional Corporation (KCCF) untuk projek ini.

Melaka tidak asing dengan projek pengangkutan awam yang efisien apabila sebelum ini turut mempunyai stesen monorel sepanjang 2.5 km.

Baca: ‘Port baik’, Melaka terima lagi 2 tawaran untuk buka kilang kenderaan elektrik (EV) dari China

Source: Apa barang monorel? Melaka akan bina tren Maglev sepanjang 22 km bernilai RM 900 juta!