Bermula 1 Januari 2023 nanti, kesemua 54 Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) di seluruh negara akan menerapkan sistem pembayaran tanpa tunai.
Kiranya, transaksi tunai tidak akan diterima untuk ketiga-tiga perkhidmatan kenderaan, pembaharuan insurans dan pembaharuan cukai jalan. Walau bagaimanapun, Perkidmatan Unit Bergerak Puspakom di beberapa lokasi pedalaman akan kekal menerima bayaran tunai.
Menurut keratan Puspakom, transaksi tanpa tunai akan mengurangkan waktu urusan di kaunter dan ia juga lebih selamat. Selain menggunakan kad kredit atau kad debit, pembayaran secara QR Pay atau e-wallet juga digalakkan. Sebagai langkah persediaan, pelanggan sudah boleh mencuba menggunakan cara tersebut.
Memandangkan Puspakom ingin beralih ke sistem tanpa tunai, pelanggan yang memperbaharui insurans dan cukai jalan kenderaan di kaunter boleh mula menggunakan kad kredit atau kad debit bermula 1 Disember ini.
Selama ini, untuk transaksi insurans dan cukai jalan, Puspakom hanya menerima kaedah tunai dan e-wallet sahaja.
Sumber: Puspakom
Source: Urusan Puspakom akan ‘cashless’ bermula 1 Januari 2023, semua transaksi takkan terima wang tunai
More Stories
Billionaire Studios Clothing: The Intersection of Luxury and Streetwear
The Essentials Hoodie: The Perfect Blend of Comfort and Design
Expert Guidance: Benefits of Consulting a Psychiatrist For Anxiety Disorders