30 syarikat konsesi lebuh raya di Malaysia bersetuju menawarkan tol percuma pada 18 – 19 November 2022 bersempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Sabtu ini.
Perkara ini diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam sebagai salah satu langkah bagi memudahkan rakyat Malaysia menunaikan tanggungjawab masing-masing dan pulang mengundi.
Menurutnya, tawaran tol percuma itu bakal bermula pada jam 12.01 tengah malam pada Jumaat, 18 November, sehingga jam 11.59 malam Sabtu, 19 November. Hanya kenderaan jenis persendirian Kelas 1 yang diberikan kelebihan ini, iaitu sekitar 90 peratus daripada jumlah keseluruhan kenderaan di lebuh raya, katanya.
Tanggungan inisiatif tol percuma selama dua hari ini dianggarkan berjumlah RM 34.5 juta dan diharap dapat meringankan beban rakyat, tambahnya lagi.
Selain tol percuma, 18 dan 19 November juga ditetapkan sebagai hari kelepasan am.
Juga baca: Pengundi tidak dibenarkan guna e-hailing, pengangkutan awam untuk PRU15 – KKM
Source: Tol percuma 2 hari sempena PRU15, dorongan untuk rakyat Malaysia balik mengundi
More Stories
Billionaire Studios Clothing: The Intersection of Luxury and Streetwear
The Essentials Hoodie: The Perfect Blend of Comfort and Design
Expert Guidance: Benefits of Consulting a Psychiatrist For Anxiety Disorders