Wuling Motors secara rasminya melancarkan Wuling Almaz Hybrid di Indonesia dengan harga Rp 470 juta (sekitar RM 140k) atas jalan. Harga ini menjadikan SUV yang berasal dari China tetapi kelahiran Cikarang ini sebagai SUV hibrid termurah di Indonesia!
Sebagai perbandingan, harga Wuling Almaz Hybrid lebih murah berbanding Toyota Corolla Cross Hybrid yang berharga Rp 540.9 juta (RM 161,930).
Kehadiran Wuling Almaz Hybrid juga berpotensi untuk mencantas SUV bersaiz medium paling popular di sana iaitu Honda CR-V di mana harga varian paling murah ialah Rp 515.9 juta (RM 154,446).
Ia didatangkan dengan enjin 2.0 liter motor-elektrik yang mampu menghasilkan 123 PS dan 168 Nm untuk tujahan enjin sahaja namun bantuan motor-elektrik menambah kuasa puncak sehingga 174 PS dan 320 Nm.
Digandingkan dengan transmisi automatik DHT hasil teknologi Wuling, penggunaan minyak didakwa serendah 19 km/liter berdasarkan ujian NEDC semasa ujian di China.
Kesemua perincian Wuling Almaz Hybrid adalah berdasarkan varian teratas Almaz RS namun dibezakan dengan warna aksen biru yang melambangkan hibrid.
Kabin dalaman juga tampil dengan warna beige (berbanding pilihan hitam untuk Almaz RS) di samping penggunaan tayar 18-inci yang lebih besar, tujahan kuasa yang lebih berkuasa daripada varian biasa enjin 1.5 liter turbocaj (141 PS, 250 Nm).
Ciri menarik seperti bumbung suria panoramik dan susunan 7-tempat duduk dikekalkan.
Teknologi ADAS dari Wuling juga nampak sarat, terdiri daripada 4 kategori fungsi, iaitu Adaptive Cruise, Lane Recognition, Safe Distance and Braking Assistance, dan Automatic Light dengan jumlah 12 ciri yang menyokong keselamatan dalam pemanduan.
Ciri ADAS yang dimiliki Almaz Hybrid antara lain:
- Adaptive Cruise Control (ACC)
- Bend Cruise Assistance (BCA)
- Traffic Jam Assistance (TJA)
- Intelligent Cruise Assistance (ICA) & Lane Departure Warning (LDW)
- Lane Keeping Assistance (LKA)
- Safe Distance Warning (SDW)
- Forward Collision Warning (FCW)
- Automatic Emergency Braking (AEB)
- Intelligent Hydraulic Braking Assistance (IHBA)
- Collision Mitigation System (CMS)
- Intelligent Head Beam Assistance (IHMA)
Dengan kesemua ciri kelengkapan dan harga yang menarik, Wuling Almaz Hybrid adalah suatu tawaran nilai yang lebih menjimatkan bagi pengguna di Indonesia. Jika dibandingkan di Malaysia, adakah anda sanggup membayar harga tersebut untuk sebuah jentera dan teknologi yang berasal dari China? Nyatakan di bahagian komen! Kredit foto: Autofun.id
Baca: Wuling Almaz RS 2021 pelancaran Indonesia – SUV 7 penumpang segmen C hanya RM 100k!
Source: Wuling Almaz Hybrid rasmi berharga RM 140k – SUV hibrid termurah di Indonesia, 7-penumpang segmen C!
More Stories
Billionaire Studios Clothing: The Intersection of Luxury and Streetwear
The Essentials Hoodie: The Perfect Blend of Comfort and Design
Expert Guidance: Benefits of Consulting a Psychiatrist For Anxiety Disorders