Ducati sudah pun mengesahkan kejuaraan dunia MotoGP 2022 minggu lalu di Valencia dan pengeluar motosikal ikonik Itali itu berpeluang menambah gelaran dunia di pentas WSBK 2022 di Mandalika, seawal esok.
Menuju pusingan ke-11 Kejuaraan Superbike Dunia di Litar Mandalika, Indonesia, pelumba Ducati yang juga pendahulu kejuaraan, Alvaro Bautista memiliki jurang besar 82 mata di depan pencabar terdekatnya dari Yamaha, Toprak Razgatlioglu.
Realistiknya, hanya tiga pelumba masih mampu bergelar juara dunia WSBK musim ini dan selain Bautista yang mengumpul 507 mata dan Razgatlioglu (425 mata), pemburuan turut diisi pelumba Kawasaki, Jonathan Rea (409 mata).
Secara teori, Bautista yang sudah mengumpul 14 kemenangan sepanjang musim ini boleh mengesahkan kejuaraan jika dia berjaya meningkatkan jurang sebanyak 17 mata terhadap Razgatlioglu dan 1 mata ke atas Rea.
Situasi itu membuatkan pelumba kelahiran Sepanyol itu tidak perlu menunggu sehingga pusingan akhir di Australia untuk bergelar juara dunia.
Sebagai permulaan dan info kepada yang tidak tahu, perlumbaan WSBK terbahagi kepada tiga perlumbaan iaitu Perlumbaan 1 pada Sabtu diikuti perlumbaan Superpole dan Perlumbaan 2 pada Ahad.
Untuk Perlumbaan 1 dan 2, juara memperoleh mata maksimum 25 mata manakala Perlumbaan Superpole, juara akan mengumpul 12 mata.
Dan untuk Bautista bergelar juara, senarionya perlu seperti berikut:
Perlumbaan 1
- Jika Bautista menang dan Razgatlioglu menamatkan perlumbaan di tangga ke-8 atau lebih rendah, Bautista akan dinobat juara.
Superpole
- Senario 1 – Jika Bautista menang Perlumbaan 1 dan Razgatlioglu di tangga ke-2, Bautista perlu memenangi Perlumbaan Superpole untuk bergelar juara dunia.
- Senario 2 – Jika Razgatlioglu menang Perlumbaan 1 dan Bautista di tangga ke-2, Bautista perlu menang Perlumbaan Superpole dan Razgatlioglu perlu menamatkan aksi di tangga ke-9 atau lebih rendah untuk menjulang takhta.
Perlumbaan 2
- Senario 1 – Jika Bautista menang dan Razgatlioglu kedua pada Perlumbaan 1 dan menang Perlumbaan Superpole, Bautista perlum menamatkan perlumbaan di tangga ke-12 untuk mengesahkan kejuaraan.
- Senario 2 – Jika Razgatlioglu menang Perlumbaan 1 dan menang Perlumbaan Superpole dengan Bautista di tangga kedua di kedua-dua perlumbaan, Bautista perlu menamatkan Perlumbaan 2 di tangga ke-3 untuk mengesahkan kejuaraan.
Bagi Razgatlioglu yang juga penyandang juara dunia WSBK, dia tidak boleh memiliki kurang 62 mata dengan Bautista jika mahu mengheret perebutan kejuaraan ke Australia.
Untuk Rea pula, situasinya lebih rumit apabila perlu berharap Bautista tidak mengumpul sebarang mata di Indonesia jika mahu kekal sebagai pencabar kejuaraan secara matematik menuju ke Phillip Island.
Jika Bautista menjulang gelaran dunia WSBK 2022 di Mandalika, ia akan menjadi sejarah buat Ducati apabila mereka menjuarai gelaran dunia MotoGP dan WSBK serentak dalam semusim.
Kejuaraan dunia Bautista turut memberikan Ducati gelaran dunia WSBK pertama pasukan itu sejak 2011 yang dimenangi Carlos Checa.
Sumber: Crash.net
Sumber imej: FB WorldSBK, Alvaro Bautista Arce, Toprak Razgatlıoglu, Jonathan Rea
Juga baca: Ducati lengkap kempen gemilang, ‘Pecco’ Bagnaia sahkan gelaran dunia MotoGP 2022!
Source: WSBK 2022: Ducati, Bautista boleh sahkan kejuaraan dunia di Mandalika, esok jika…
More Stories
Billionaire Studios Clothing: The Intersection of Luxury and Streetwear
The Essentials Hoodie: The Perfect Blend of Comfort and Design
Expert Guidance: Benefits of Consulting a Psychiatrist For Anxiety Disorders