Vespa enggan terlepas menayangkan penawaran terbarunya di Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2022 menerusi pelancaran model yang disifatkan paling ‘Sporty’ jenama itu, Vespa GTV (2023).
Sebagai info, Vespa memperkenalkan model GTV buat pertama kali pada tahun 2006 dan ia pantas menjadi salah satu model ikonik dan ‘diburu’ peminat jenama itu.
Untuk versi terbaharu Vespa GTV (2023), pembaharuan yang dilakukan oleh syarikat pengeluar skuter mewah Itali itu menyeluruh termasuklah di bahagian rekaan, peningkatan teknologi serta prestasi.
Bermula dari sudut rekaan, Vespa GTV (2023) kekal dengan gaya ‘Sei Gironi’ namun paling menonjol pastinya penggunaan lampu utama yang diposisikan di bahagian ‘mudguard’ yang menjadi ciri unik model berkenaan.
Ia turut dipadankan dengan skema warna yang menarik ‘Beige Avvolgente Opaco’ yang disepadukan dengan corak garisan berwarna jingga di panel sisi dan pelindung angin di bahagian depan dengan penggunaan warna dua tona di bahagian pelana menyerlahkan lagi penampilannya.
Di bahagian trenkuasa, Vespa GTV (2023) berkongsi trenkuasa dengan Vespa Sei Giorni 300. Jadi, ia dikuasakan enjin 300 HPE iaitu enjin bersesaran 278 cc, 1 Silinder, 4 Injap, 4 Lejang, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api yang menghasilkan kuasa setinggi 23.8 Hp.
Di bahagian teknologi, Vespa GTV (2023) turut didatangkan dengan ciri bantuan tunggangan seperti Kawalan Traksi ASR dan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).
Ciri-ciri menarik lain termasuklah sistem lampu LED penuh, Sistem Tanpa Kunci, Panel Meter Digital Penuh dengan rekaan yang ‘serasi’ dengan gaya skuter berkenaan.
Kluster instrumen meter itu diposisikan di bahagian bar hendal menerusi braket khas. Lebih menarik dan moden, ia turut dilengkapi dengan teknologi sambungan ke telefon bimbit menerusi Bluetooth via sistem konektiviti Vespa MIA namun ciri ini datang secara pilihan.
Juga baca: Edisi Terhad Vespa X Justin Bieber rasmi tiba di Malaysia, harga asas RM 28k!
Source: Vespa lancar GTV (2023), model paling ‘Sporty’ dari Vespa dipertonton di EICMA 2022!
More Stories
Billionaire Studios Clothing: The Intersection of Luxury and Streetwear
The Essentials Hoodie: The Perfect Blend of Comfort and Design
Expert Guidance: Benefits of Consulting a Psychiatrist For Anxiety Disorders